Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Isnin, 27 Julai 2009

TIPS DAN INFO TETAPKAN MATLAMAT ANDA

KENAPA ANDA HARUS ADA 'GOAL SETTING - MATLAMAT
Saksikan Video Pendek ini tentang Goal Setting

BAGAIMANA CARA TETAPKAN MATLAMAT.

1.  Menetapkan Matlamat

Matlamat adalah hala tuju yang ingin anda capai dalam dalam kehidupan ini.  Apabila membuat sesuatu Matlamat ia hendaklah:
  • Jelas
  • Tepat dan 
  • Logik.  
Matlamat merupakan kayu pengukur pencapaian kejayaan anda.  Terdapat 2 cara bagi menetapkan matlamat iaitu :
  1. Matlamat Jangkamasa Pendek (1,3,6 Bulan)
  2. Matlamat Jangkamasa Panjang (1 dan 3 Tahun) dari sekarang.

Untuk menetapkan matlamat anda perlu ada Buku Planner Goal Setting dan tulis matlamat anda di dalam buku tersebut.



Sebagai contoh cara menetapkan matlamat jangkamasa pendek:
  • Saya mahu simpan 1gm emas setiap bulan setiap kali dapat gaji.
  • Saya mahu 10 Customer baru setiap akhir bulan.
  • Saya mahu $1000 Income akhir bulan March 2017 
Contoh cara menetapkan matlamat jangkamasa pendek:
  • Saya mahu Kereta Baru BMW X2 Warna Putih Dec 2018
  • Saya mahu Rumah Condo di Woodlands Dec 2019
  • Saya mahu Holiday ke Europe Dec 2019 
  • Saya mahu selesaikan Hutang Rumah HDB Jun 2019 
  • Saya mahu renovate Rumah Jun 2019
    2.  Inspirasikan Matlamatkan.

    Bagaimana cara untuk motivasikan diri anda untuk mencapai matlmat anda.  Caranya ialah dengan Inspirasikan Matlamat anda. Anda boleh letakkan matlamat anda ditempat2 yang sering anda boleh lihat setiap hari:
    • Screen Computer Anda
    • Screen Mobile Phone
    • Depan Cermin Muka 
    • Beg Duit dan banyak lagi 
     

    Ceritakan matlamat anda kepada keluarga yang tersayang.  Apabila anda mencapai matlamat tersebut 'Reward' diri anda.

    1.  Pelan Tindakkan 'Action Plan'


    Selanjutnya apa yang perlu anda lakukan ialah membuat Pelan tindakkan 'Action Plan' bagi mencapai matlamat itu.

    Umpana seorang arkitek yang membina sebuah rumah - mesti mempunyai jadual kerja yang teliti. Jika tidak sudah tentu pembinaan tersebut tidak akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

    Begitu juga dengan Matlamat anda perlu ada Pelan Tindakkan. Anda mesti tahu kaedah mencapai matlamat tersebut dan apakah strateji yang boleh dilakukan untuk mencapainya.

    Sebagai contoh untuk capaikan income yang anda kehendaki:
    •  Berapa banyak produk yang perlu dijual sebulan ? 
    • Berapa ramai customer yang diperlu sebulan? 
    • Apakah aktiviti yang perlu dilakukan? 
    Semua ini memerlukan perancangan yang sangat teliti.
    Anda mesti fahami dan tahu mengira keuntungan dari jualan perniagaan tersebut.  Semua ini akan memudahkan dan mempercepatkan mencapai matlamat dan impian anda.

    Jadi mulakan dari sekarang! Tetapkan matlamat yang tepat, buat tindakkan ke atas matlamat tersebut. In Sha Allah segala Impian dan Matlamat anda akan tercapai.

    Harap maklumat ini memberi manfaat untuk diri anda dan harap dapat di Share kepada teman2 anda. Terima Kasih.  

    0 ulasan :

    Cari Blog Ini

    Follow ME

    Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

    Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com