Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Rabu, 23 September 2009

TIGA SEBAB KEGAGALAN DALAM BISNES


Anda harus faham bahawa 'Network Marketing' tergolong dalam Industri Perniagaan. 

Hakikatnya banyak perniagaan dan individu yang GAGAL berniaga berbanding dengan yang berjaya. Statistik menunjukkan dalam jangkamasa 5 tahun hanya satu daripada lima perniagaan atau individu yang dapat bertahan dalam perniagaannya.

Berikut adalah 3 sebab-sebab kegagalan:
1. TIDAK KOMMITED DAN CEPAT PUTUS ASA.
Pelaburan bisnes Network Marketing amatlah rendah, oleh yang demikian ramai pengedar merasakan tidak perlu aktif dan tidak perlu kommited. Inilah punca yang menyebabkab mereka GAGAL dalam bisnes ini. 

Ada juga, yang cepat berputus asa sebagai contoh apabila cuba memperkenalkan bisnes ini kepada satu atau dua orang kawan dan apabila mendapat bantahan dari mereka, terus rasa serik dan putus asa lalu menutup pintu bisnes ini buat dirinya.
Perkara di atas sering terjadi kepada mereka yang buat secara Part Time. Saya tidak mencadangkan supaya anda mesti buat Full-Time dan berhenti kerja baru boleh berjaya.

Sebenarnya keindahan dalam Network Marketing ialah anda boleh perolehi pendapatan tambahan tanpa berhenti kerja. Walaubagaimanapun, hakikatnya jika anda lakukan Network Marketing secara Part-Time anda tidak mungkin menerima pendapatan seperti mereka yang buat secara Full-Time.

2. TIDAK MAHU MENJADI PEMIMPIN. 
Untuk lakukan bisnes konvensional, halangan dan risikonya amatlah tinggi.

Sebagai contoh jika anda mahu memulakan perniagaan restoran anda perlukan modal yang tinggi, kemahiran memasak (jika anda ingin membuat masakan anda sendiri), kemahiran pengurusan, kemahiran pemasaran dan pengurusan kewangan. Setelah anda mempunyai semua  kemahiran itu barulah anda berkeyakinan untuk  lakukan bisnes konvensional itu.
Sebaliknya, Bisnes Network Marketing mempunyai halangan dan risiko yang amat rendah untuk memulakannya.

Ramai yang beranggapan anda boleh mulakan dengan modal yang sangat rendah, dapatkan starter kit dan anda dah bersedia untuk lakukan bisnes! Tiada pengalaman diperlukan, tidak memerlukan sebarang kemahiran hanya yang diperluakan ikut sistem yang telah disediakan.  Betul ke?
Inilah suatu penerangan yang silap! Sebenarnya apabila dikatakan bisnes, anda mesti mempunyai kemahiran misalnya anda harus tahu bagaimana membuat Presentasi Bisnes anda,  pengetahuan tentang Syarikat, pengetahuan tentang Produk', pengetahuan Bonus pembayaran dan banyak lagi.

Cuba lihat mereka yang berjaya dalam Network Marketing dengan mendapat pendapatan yang tinggi sebenarnya  mereka mempunyai ILMU Network Marketing.  Mereka sanggup berkorban  'Masa' dan 'Wang' untuk mendapatkan kemahiran yang tinggi dan mereka juga mengambil tanggungjawab menjadi seorang pemimpin yang hebat.
3. TIDAK MEMPUNYAI KEINGINAN YANG TINGG.
Semua orang mahukan pendapatan yang tinggi, masa bekerja yang fleksible, tidak suka politik pejabat, mahukan kebebasan masa dan wang.

Apabila anda mendapat penerangan bahawa anda akan dapat semua ini jika menyertai Bisnes Network Marketing.  Anda pun terlalu emosi dan terus menyertainya. Malangnya apabila anda mendapat bantahan dari rakan anda, lalu anda pun terus berhenti.
Hakikatnya bisnes perlu dipelajari dan tiada jalan pintas, sebab jika bisnes itu mudah, sudah tentu ramai orang sukakan bisnes!

Network marketing juga adalah bisnes. Network marketing juga tidak SEMUDAH apa yang anda sangkakan. Tetapi Bisnes di Luar sana lebih sukar jika dibandingkan dengan Network Marketing.

Tips bagaimana hendak berjaya dalam Network Marketing ialah sering tanyakan pada diri anda sendiri ”Apakah sebab sebenar yang membuat saya tertarik dalam bisnes ini?

  • Apakah sebab anda ingin mendapat wang yang banyak dalam bisnes ini?  
  • Adakah bisnes ini yang akan merubah kerhidupan yang lebih baik? 
Jadi, amatlah penting sekali untuk kita mencari sebab ? mengapa?

Kerana dengan sebab inilah yang akan membuat diri anda lebih bersemangat untuk memperolehi kemahiran seperti di atas dari masa ke semasa di mana akhirnya anda tentu akan mencapai kejayaan dalam bisnes ini. 

Jika artikel ini bermanfaat harap dapat di 'Share' kepada kenalan dan sahabat anda.  Terima kasih

0 ulasan :

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com