Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Jumaat, 25 September 2009

KITA BERHAK TENTUKAN NASIB KITA

Photobucket
Tahukah anda apa yang menentukan sama ada anda berjaya ataupun gagal, miskin atau kaya, bahagia atau duka? 

Ia sebenarnya kesan daripada pilihan yang kita buat sendiri.  Kita adalah penentu nasib kita sendiri, bukannya ibu bapa, kawan-kawan ataupun masyarakat sekeliling. Orang lain tidak berhak menentukan nasib diri kita.  Cuma kita sahaja yang dapat memilih sama ada ingin mencapai matlamat kita atau tidak?
"Anda berhak ke atas nasib anda sendiri"
Langkah pertama untuk menentukan arah tuju kita ialah menukar minda dan pemikiran kita. Bebaskan dan buang segala mentaliti yang salah berkenaan kehidupan yang menghalang perjalanan anda memperolehi kewangan, kerjaya, pendidikan dan sebagainya. Ubah pemikiran dan cara berfikir, Ia bakal mengubah sikap serta cara anda bertindak dalam setiap aspek kehidupan.

"Setiap pilihan ataupun tindakan yang anda ambil hari ini memberi kesan pada diri anda esok hari"
Sebab itu mendidik minda anda dengan betul pertama kali bila anda menyertai sesuatu bisnes terutama sekali dalam Network Marketing adalah sangat penting. Keyakinan akan kejayaan harus ditanam dan disemai di dalam minda kita setiap hari. 

Jika anda ingin mengetahuinya? Miliki eBook Rahsia Meraih 9K setiap Bulan .. KLIK SINI

Rabu, 23 September 2009

TIGA SEBAB KEGAGALAN DALAM BISNES


Anda harus faham bahawa 'Network Marketing' tergolong dalam Industri Perniagaan. 

Hakikatnya banyak perniagaan dan individu yang GAGAL berniaga berbanding dengan yang berjaya. Statistik menunjukkan dalam jangkamasa 5 tahun hanya satu daripada lima perniagaan atau individu yang dapat bertahan dalam perniagaannya.

Berikut adalah 3 sebab-sebab kegagalan:
1. TIDAK KOMMITED DAN CEPAT PUTUS ASA.
Pelaburan bisnes Network Marketing amatlah rendah, oleh yang demikian ramai pengedar merasakan tidak perlu aktif dan tidak perlu kommited. Inilah punca yang menyebabkab mereka GAGAL dalam bisnes ini. 

Ada juga, yang cepat berputus asa sebagai contoh apabila cuba memperkenalkan bisnes ini kepada satu atau dua orang kawan dan apabila mendapat bantahan dari mereka, terus rasa serik dan putus asa lalu menutup pintu bisnes ini buat dirinya.
Perkara di atas sering terjadi kepada mereka yang buat secara Part Time. Saya tidak mencadangkan supaya anda mesti buat Full-Time dan berhenti kerja baru boleh berjaya.

Sebenarnya keindahan dalam Network Marketing ialah anda boleh perolehi pendapatan tambahan tanpa berhenti kerja. Walaubagaimanapun, hakikatnya jika anda lakukan Network Marketing secara Part-Time anda tidak mungkin menerima pendapatan seperti mereka yang buat secara Full-Time.

2. TIDAK MAHU MENJADI PEMIMPIN. 
Untuk lakukan bisnes konvensional, halangan dan risikonya amatlah tinggi.

Sebagai contoh jika anda mahu memulakan perniagaan restoran anda perlukan modal yang tinggi, kemahiran memasak (jika anda ingin membuat masakan anda sendiri), kemahiran pengurusan, kemahiran pemasaran dan pengurusan kewangan. Setelah anda mempunyai semua  kemahiran itu barulah anda berkeyakinan untuk  lakukan bisnes konvensional itu.
Sebaliknya, Bisnes Network Marketing mempunyai halangan dan risiko yang amat rendah untuk memulakannya.

Ramai yang beranggapan anda boleh mulakan dengan modal yang sangat rendah, dapatkan starter kit dan anda dah bersedia untuk lakukan bisnes! Tiada pengalaman diperlukan, tidak memerlukan sebarang kemahiran hanya yang diperluakan ikut sistem yang telah disediakan.  Betul ke?
Inilah suatu penerangan yang silap! Sebenarnya apabila dikatakan bisnes, anda mesti mempunyai kemahiran misalnya anda harus tahu bagaimana membuat Presentasi Bisnes anda,  pengetahuan tentang Syarikat, pengetahuan tentang Produk', pengetahuan Bonus pembayaran dan banyak lagi.

Cuba lihat mereka yang berjaya dalam Network Marketing dengan mendapat pendapatan yang tinggi sebenarnya  mereka mempunyai ILMU Network Marketing.  Mereka sanggup berkorban  'Masa' dan 'Wang' untuk mendapatkan kemahiran yang tinggi dan mereka juga mengambil tanggungjawab menjadi seorang pemimpin yang hebat.
3. TIDAK MEMPUNYAI KEINGINAN YANG TINGG.
Semua orang mahukan pendapatan yang tinggi, masa bekerja yang fleksible, tidak suka politik pejabat, mahukan kebebasan masa dan wang.

Apabila anda mendapat penerangan bahawa anda akan dapat semua ini jika menyertai Bisnes Network Marketing.  Anda pun terlalu emosi dan terus menyertainya. Malangnya apabila anda mendapat bantahan dari rakan anda, lalu anda pun terus berhenti.
Hakikatnya bisnes perlu dipelajari dan tiada jalan pintas, sebab jika bisnes itu mudah, sudah tentu ramai orang sukakan bisnes!

Network marketing juga adalah bisnes. Network marketing juga tidak SEMUDAH apa yang anda sangkakan. Tetapi Bisnes di Luar sana lebih sukar jika dibandingkan dengan Network Marketing.

Tips bagaimana hendak berjaya dalam Network Marketing ialah sering tanyakan pada diri anda sendiri ”Apakah sebab sebenar yang membuat saya tertarik dalam bisnes ini?

  • Apakah sebab anda ingin mendapat wang yang banyak dalam bisnes ini?  
  • Adakah bisnes ini yang akan merubah kerhidupan yang lebih baik? 
Jadi, amatlah penting sekali untuk kita mencari sebab ? mengapa?

Kerana dengan sebab inilah yang akan membuat diri anda lebih bersemangat untuk memperolehi kemahiran seperti di atas dari masa ke semasa di mana akhirnya anda tentu akan mencapai kejayaan dalam bisnes ini. 

Jika artikel ini bermanfaat harap dapat di 'Share' kepada kenalan dan sahabat anda.  Terima kasih

ANUGERAH MGU 09 (18/10/09 Ahad)




Setiap Syarikat Network Marketing akan menganjurkan Majlis Penganugerahan kepada "Leader2" yang telah menunjukkan Kejayaan mereka. penghargaan adalah sesuatu yang akan memotivasi dan perangsang samaada kepada si penerima dan juga kepada yang sedang menjalankan bisnes network marketing bagi meningkatkan lagi Usaha dan kesungguhan untuk berjaya dalam bisnes yang sedang diceburi.Syarikat Network Marketing memberi Peluang yang sama-rata kepada sesiapa sahaja.Anda diberi segala pilihan dan ruang bagaimana cara hendak lakukan megikut selera anda. Tapi yang saya pelajari melalui buku yang saya baca "Rahsia Minda Jutawan" untuk berjaya kita kena "Ikut Cara dan Minda Orang yang berjaya". Soalnya adakah kita sanggup menempuh segala onak dan duri dan memberikan diri kita sedikit kesabaran sebelum mengecapi kejayaan itu.Saya teringat kata Iron Lady Malaysia "Dato' Maznah" yang memberi kata2 "Sebenarnya ramai orang yang Gagal kerana mereka kurang sabar - Mereka Umpama Pelumba Lari pecut yang hanya tinggal 1/4 untuk sampai ke Garisan Penamat tetapi Putus Asa setengah Jalan" .....


Jadi kenapa tidak teruskan Usaha anda. Selepas Hari Raya ini ..tingkatkan Usaha dan Semangat..Jika Mereka Boleh Kita pun boleh Juga!



Majlis Taklimat Penerima Anugerah bersama Mr Gary Gan
http://min.ui2u.com

Khamis, 3 September 2009

PROSPEK - ADAKAH SUSAH NAK DAPAT?

SUSAH NAK DAPAT PROSPEK - PENYEBAB KEGAGALAN NETWORK MARKETING

Saya sering beberapa kali bertemu dengan mereka yang tidak lagi aktif menjalankan bisnes Network Marketing dan saya tahu ketika mula-mula JOIN dulu, mereka ini sangat 'gairah' !
Apabila saya tanya kenapa tidak teruskan bisnes ini. Mereka menjawab SUSAH NAK CARI ORANG!

Saya teringat ketika saya mula menceburi dengan Network Marketing, ketika itu saya baru mengenalinya. Kata 'MENTOR' saya dua (2) perkara sangat penting kalau hendak berjaya dalam sesuatu bisnes ialah:
  1. Adakan Masa dan 
  2. Kesungguhan. 
Sehingga sekarang saya masih menggunakan kaedah itu dan percayalah dengan formula ini siapa pun boleh berjaya menjalankan bisnes.  Sebenarnya apabila dikatakan bisnes tiada jalan 'Short Cut' untuk berjaya.

Terpenting hendak berjaya kita kena belajar dari MENTOR yang terbukti telah berjaya menjalankan Perniagaan yang sama.  Kemudia ikuti semua sistem pembelajaran yang telah disediakan oleh sesuatu syarikat.  Fahami akan teknik dan cara menjalankan bisnes tersebut dengan cepat.  Kalau kurang faham hubungi MENTOR anda untuk berbincang.

Anda Mesti ada kesabaran dan FOKUS apa yang dibuat.  Apabila anda tidak FOKUS pada bisnes yang anda jalankan akan menyebabkan anda lari dari tujuan asal, kenapa anda Join bisnes ini.

Bagi menjawab Soalan Susah Nak Cari Orang maksudnya Prospek.

Sebenarnya anda tak perlu cari pun, orang memang sentiasa ada di sekeliling anda, cuma soalnya anda tidak tahu cara bagaimana hendak 'approach' atau mulakan perbualan.

Pelajari kemahiran Formula F.O.R.M. Bila anda mengetahuinya anda akan hairan alangkah mudahnya mendapatkan prospek.

Sebagai Tips - "Ajukan Soalan seperti berikut:"

  1. "Abang Saya ada berita baik nak saya kongsikan - Abang ada 2 Minit untuk Saya terangkan? "
  2. "Saya ada Projek Baik  - Abang ada 2 Minit untuk saya Share"

Gunakan Formula F.O.R.M setelah prospek setuju
  • F - Family - Bincangkan mengenai ahli keluarga,
    • apa yang mereka lakukan sekarang?
    • Apakah pekerjaan dan pendidikan mereka?
    • Cuba untuk mengetahui kepentingan setiap ahli keluarga.
  • O - Occupation -  iaitu tanya pada prospek
    • kerja di mana? dah berapa Lama?
    • Macamana Gaji ?
    • Bincangkan senario ekonomi
  • R - Recreation - Ketahui kepentingan rekreasi prospek anda.
    • Apa yang dia suka lakukan pada masa lapang 
  • M - Money - Wang adalah antara perbincangan yang sangat penting. 
    • Tanya apa rancangan masa depan beliau dari segi pelaburan dan wang simpanan.  
    • Semak dia ada kebimbangan terhadap pendapatan masa hadapan.
Point2 di atas boleh di jadikan perbincangan dan juga untuk anda buat Closing.

Satu cara lain untuk anda mendapatkan Prospek ialah dengan menggunakan Social Media seperti Facebook, Twitter, Instagram, Google Plus dll.

Anda juga boleh guna Blog Perniagaan untuk mendapatkan Prospek.  Blog dan social media merupakan media yang sangat penting jika anda ingin mendapat prospek secara On-line.

Pelajari teknik dan strateji on-line  - Tukarkan Follower anda kepada Customer anda dan kemudian kepada rakan kongsi anda.

Cara On-line Marketing gunakan approach yang berbeza

"Kita tidak menjual produk di Social Media sebaliknya Kita hanya Share tentang kebaikkan dan manfaat sesuatu produk dan perkhidmatan"

Jika anda mempunyai Facebook letakkan Link Follow Facebook anda di Blog Business anda.

Bawah ini adalah contoh button yang boleh anda gunakan untuk dapat ramai follower. 

Saya harap anda menjadi Follower saya dengan Klik Button di bawah ini dan seterusnya belajar bagaimana saya buat posting di Facebook.



Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda, harap dapat dikongsikan bersama sahabat2 kita yang ingin buat bisnes on-line tetapi belum tahu caranya.  Terima kasih



Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com