Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Jumaat, 2 Oktober 2009

MINDA MENENTUKAN NASIB KITA?

>

Ciri utama Orang yang gagal adalah Orang yang terus mencari alasan bagi menutup kesalahan dirinya. Setiap manusia dijadikan Tuhan dengan tubuh badan yang sama? 

Bill Gate, Donald Trump semua dijadikan sama. Perbezaannya, mereka menjadikan faktor sistem kepercayaan adalah faktor paling Utama. 

Kita perlu meniru ataupun membangunkan minda menjadi seperti apa yang berada dalam minda mereka yang berjaya.

Robert kyosaki menerangkan yang beliau selalu meniru mental mereka melalui pembacaan buku yang ditulis oleh seorang jutawan. Inilah dengan hanya menggambarkan betapa anda perlu mempunyai cara orang yang berjaya supaya anda dapat membuat keputusan ataupun menerima hasil yang hebat.
Sekiranya anda sering mengalami situasi di mana kegagalan demi kegagalan berlaku dalam perniagaan dan kehidupan anda ataupun sering menghadapi halangan yang serupa. Apa yang perlu anda lakukan ialah melihat ke dalam diri anda, cara anda berfikir dan analisa semula sistem kepercayaan kita seperti sistem kehidupan, kejayaan,kekayaan dan sebagainya.
Apabila anda ingin menjadi Usahawan anda perlu ada minda sebagai Usahawan. Apabila anda ingin menjadi pemimpin yang hebat, anda perlu mempelajari minda pemimpin yang hebat, begitu juga apabila anda ingin menjadi orang yang berjaya jadi JUTAWAN anda perlu memiliki mindset JUTAWAN.
Apabila anda ingin menjadi seperti jutawan yang hebat, anda perlu baca apa yang mereka baca, miliki nilai-nilai yang mereka amalkan dan bekerja seperti mereka.

 Amalkan setiap hari sehingga menjadi tabiat.. Selepas itu anda akan rasakan setiap apa yang anda lakukan pasti akan berjaya. Anda seperti mempunyai suatu magnet yang dapat menarik apa yang anda inginkan. Kerana semuanya telah menjadi tabiat semula jadi anda yang tidak perlu anda fikirkan lagi.  

Apa sahaja tindakan semua Jadi seperti dirancang... Teruskan pembacaan dan betemu di lain keluaran.

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda dan harap dapat di 'share' kepada rakan dan kenalan anda.  Terima Kasih.

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com