Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Rabu, 11 Ogos 2010

BAGAIMANA MULAKAN BISNES NETWORK MARKETING?

Apa itu Langkah Kejayaan?

Satu soalan yang perlu dihurai untuk pendatang baru dalam Network Marketing ialah bagaimana bermula?  Antara kaedah yang telah terbukti melahirkan ramai yang berjaya dan meraih pendapatan lumayan menggunakan langkah di bawah ini:

Tujuh (7) langkah yang mesti anda lalui untuk berjaya dalam sesuatu bisnes :
  1. Belajar
  2. Sponsor
  3. Coaching
  4. Momentum 
  5. Monitor the ‘player’
  6. 'Breaking your personal Best'  

1.  MULAKAN DENGAN BELAJAR

Walaupun anda rasa sudah tahu bagaimana menjalankan bisnes yang lain, sebagai ahli baru anda mesti bermula dengan ZERO.

Bermula dari Zero’. Turunkan EGO anda dan mulakanlah dengan BELAJAR.  Carilah 'MENTOR' anda. Belajarlah dari mereka yang telah terbukti berjaya di dalam bisnes yang sama, jika kurang faham jangan malu untuk bertamya.

Ketahuilah setiap perniagaan mempunyai Sistem Pengurusan, Sistem Pembayaran, Produk dan Sistem Pendidikan yang berbeza.

Belajar memerlukan Masa, Disiplin dan Kesungguhan.  Ikuti Latihan, Kursus, Bengkel yang disediakan oleh syarikat yang anda ceburi dan sebagai tambahan hadiri Seminar dan Leadership Training.  Ada Seminar yang PERCUMA dan ada Seminar yang perlu dibayar.

Banyakkan baca buku2 tentang perniagaan anda, sentiasa dengar CD yang di sediakan oleh syarikat , tonton VCD dan baca buku-buku kejayaan,

Penting sekali anda lengkapkan diri anda dengan Ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan bisnes secepat mungkin.

  “Kejayaan adalah Kemahiran yang boleh dipelajari” 

Jika Syarikat  ada menyediakan TOOL KITs untuk kemudahan anda menjalankan Bisnes ini dapatkan dan belajar cara menggunakan TOOL KITs tersebut:  Dapatkan juga
  •  Majalah Syarikat
  •  Buku Rahsia Kejayaan Bisnes
  •  DVD 
  •  Flyers dan Booklet
  •  Name Card’
  •  Rubber Stamp’ untuk ‘Flyers’.
  •  Thumb Drive Business Presentation
  •  Borang Keahlian
Salah satu teknik untuk mencapai kejayaan dengan pantas ialah dengan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh MENTOR. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru untuk mencapai kejayaan.

Bisnes Network Marketing memberi peluang yang sangat besar untuk meraih pendapatan yang Lumayan yang boleh dijadikan Passive Income.
 "Tiada seorang pun yang tidak buat duit kecuali bagi mereka yang masuk tapi tak buat apa-apa!"
Lagi cepat anda capai Impian anda, sebenarnya lebih baik untuk diri anda dan jaringan anda.

Capailah Matlamat anda dengan lakukan perubahan yang drastik, buatlah sesuatu yang tidak pernah anda lakukan, keluarkan diri anda dari Zon Selesa, kurangkan masa anda dalam menonton TV yang tidak perlu dan gantikan dengan membaca buku-buku motivasi, mendengar CD dan menonton DVD motivasi.
. “Katakan pada diri anda - Kalau Mereka Boleh Aku Pun Boleh” 
Teknologi dan cara perniagaan telah berubah.  Jika anda serius untuk berjaya dalam bisnes, anda mesti belajar cara berbisnes on-line. Bina webpage (Kedai Maya), Blog Bisnes, aktif di Social Media seperti Facebook, Twitter, Instagram, Google-Plus dan banyak lagi

Berikan diri anda masa 3 Bulan untuk belajar bersungguh-sungguh dan fahami ilmu bisnes ini secepat mungkin.  Ketahuilah bahawa Network Marketing adalah Bisnes yang menuntut kemahiran di mana anda mesti mempunyai Ilmu yang betul untuk menjalankannya.

Network Marketing tidaklah semudah apa yang anda sangkakan. Tetapi jika dibandingkan bisnes 'Conventional' di luar SANA sebenarnya Network Marketing adalah lebih mudah dilaksanakan.

Walaupun Bisnes ini lebih mudah, namun anda perlu mengikuti sistem pendidikan yang telah diaturkan oleh syarikat. Anda perlu belajar dan mahir topik-topik berikut:

  1. Kemahiran membuat 1 on 1 Presentasi
  2. Kemahiran membuat Business Preview
  3. Kemahiran memimpin Down-line. 
  4.  Pengetahuan Profil Syarikat / Produk / Pelan Pemasaran.
Syarikat Network Marketing selalunya mengajurkan Seminar, Latihan dan Bengkel dan lain-lain.
Anda boleh lihat di Website dan buat pendaftaran untuk ikuti Seminar, Latihan dan lain-lain aktiviti.

 “Jika ada orang yang lebih baik dari anda, ini bermakna mereka tahu sesuatu yang anda tidak ketahui.”

Jika artikel ini bermanfaat harap dapat di share pada sahabat2 lain.  Terima Kasih

0 ulasan :

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com