Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Rabu, 4 Ogos 2010

IKUT SISTEM


Menjalankan Bisnes Network Marketing memerlukan ILMU dan KEMAHIRAN. Cuba anda baca Kisah seorang Ahli Baru ini yang bernama "Ahmad".

"Ahmad" baru beberapa hari menganggotai Program Network Marketing  Setelah membaca beberapa buah buku dan mendengar Taklimat Bisnes "Ahmad" merasa Perlu Sponsor downline untuk mendapat Pendapatan Cepat.



Pagi Isnin.

 "Ahmad" telah bersiap sedia untuk membuat Sponsor. Ahmad bagun pagi dengan penuh bersemangat dan bersiap sedia untuk melakukan Sponsor .Tepat Jam 10:00pg Ahmad mengulangkaji Matlamat dan Mind Set dan mengakaji bagaimana dia boleh mendapat wang Bonus $59.50 jika dapat Sponsor 2 anggota baru hari ini.

"Ahmad" terus dail Nombor kenalan beliau. Setelah deringan 3 kali "Ahmad" terus tutup. Dalam fikirannya mengatakan "mungkin masih tidur, saya tak sepatutnya telefon waktu ini". Kemudian "Ahmad" terus melihat carta bagaimana mendapat $1000 dalam 1 bulan.

Jam 10:20pg "Ahmad" buat panggilan kedua. Deringan 'engage' "Ahmad" rasa lega dan terus berfikir mungkin dia pun tak minat dalam bisnes ini.

"Ahmad" terus mengulang kaji tentang Syarikat dan cara buat prospecting sambil melihat siapa lagi prospek yang boleh dihubungi. "Ahmad" berkata kepada dirinya "Saya tak takut rejection dan berani". Tanpa disedari apabila "Ahmad" melihat jam tangan rupa-rupa dah pukul 12:00tgh. Dalam hati berkata " Baik aku Makan Dulu lah" setelah tu boleh teruskan buat Sponsoring.

Jam 1:30 ptg "Ahmad" pun mula bertolak dari rumah  dan berfikir mana nak pergi dulu? Tiada rancangan dan tiada temu janji. Lalu terfikir baik aku jumpa kawan aku yang ada kedai runcit. setibanya di sana kelihatan kawannya sibuk dengan pelanggan.  Kemudian ke kedai kawan gunting rambut sampai di sana, wah mereka pun sibuk melayan pelanggannya.

Jam 3:00 petang "Ahmad" dah rasa keletihan dan menyerdari Keyakinannya dah mula kendur. Kemudian pulang kerumah dengan rasa hampa.  

Inilah perkara yang sering berlaku kepada ahli baru apabila tidak mengikut Sistem yang betul dan mengapa Ramai ahli yang berhenti Separuh Jalan.


Anda perlukan MENTOR untuk membimbing anda, cara yang betul dan mengikut sistem latihan.  Jangan sesekali bertindak bersendirian.  Sebagai pendatang baru anda perlukan banyak ILMU selalu berbincang dengan MENTOR anda jika ada perkara yang kurang faham. 

Ikut SISTEM PEMBELAJARAN yang disedia oleh Syarikat yang anda sertai.  Buat pendaftaran seberapa segera untuk hadiri Kursus, Seminar, workshop dan Leadership Training .  

Bermula dari ZERO dan tambahkan ILMU anda secepat mungkin.   Belajar cara buat Presentasi Bisnes. 

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan semoga mendapat manfaat.

0 ulasan :

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com