Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Khamis, 26 Ogos 2010

LIST OF NAMES - PROSPECTING

Cara bagaimana membina rangkaian ANDA dengan cepat:

Terdapat (3) Tiga Jenis Golongan Market yang perlu anda ketahui:

            a  Hot Market.
            b. Warm Market
            c. Cold Market

a. Hot Market

Fokus dalam minggu pertama dan Tulis nama-nama Hot Market anda iaitu orang-orang terdekat dengan anda yang sering bertemu seperti adik beradik, Pak Cik, Mak Cik, Anak Saudara, Kawan2 terdekat, Adik Beradik sebelah Isteri/Suami.  Selalunya senarai Hot Market ini tak berapa ramai sangat mungkin dari 20-30 orang. 

b.  Warm Market.

Juga Tulis nama-nama Warm Market anda yang terdiri dari Nama rakan2 di dalam Handphone.  Anda kenali mereka tapi jarang 'Contact'.

Setelah anda senaraikan nama-nama Hot & Warm Market hubungi mereka untuk buat pertemuan dengan tujuan ingin 'Share' bisnes anda kepada mereka.  Pilihlah orang yang anda kenali dulu.

Untuk peringkat awal anda boleh minta tunjuk ajar dari 'Mentor' atau 'Upline' bagaimana cara 'sharing' kepada prospek anda.  Borrow the Power 'Mentor' anda  dan belajar dengan pantas dari 'Mentor' anda.  Jika ada Kursus atau Seminar hadiri anda harus hadir dan belajar cara buat presentasi. 

Lakukan perkara di atas dalam Minggu pertama setelah anda Join.

Anda boleh Gunakan Kaedah SMS POWER , WhatsApp , WeChat atau Telefon, Hot and Warm Market anda, katakan anda ada "Projek Baik untuk di Share bersama mereka".

c.  Cold Market.

Setelah selesai buat pertemuan pada 'Hot & Warn Market' barulah pergi kepada 'Cold Market'.  Anda harus faham bahawa 'Cold Market' terdiri dari mereka yang anda tidak Kenali dan merupakan market terbesar yang boleh anda perolehi asalkan anda tahu cara untuk mendapatkannya.

'Cold Market' adalah Pilihan terbaik untuk kembangkan empayer bisnes anda, kerana 'Cold Market' terbahagi kepada beberapa Golongan iaitu Pelajar, Suri Rumah, Pesara, Usahawan, Peniaga, Para Profesioanal, Guru dan sebagainya. 

Ada 2 cara bagaimana anda boleh mendapat 'Cold Market' contoh:

                    a  Cara Off-line (Old School).
                    b. Cara On-line (New School)
           
Berikut adalah cara Off-line
  • Melalui Kad Nama Anda
  • Melalui Flyers atau Poster
  • Melalui Surat Khabar, Majalah, Yellow Pages dll
  • Melalui 'Direct Approach'
  • Ramaikan kenalan dengan menghadiri Seminar, di Masjid, Kursus, Persatuan dll
  • Buat Road Show
  • Anjurkan Seminar atau Preview Bisnes.
Berikut adalah cara On-line
  • Internet Online melalui cara berikut:
  • emel Marketing
  • Mailing List - Yahoo, Google
  • Masuk Forum
  • Blog - Blogspot, Wordpress
  • Social Network - Facebook, twitter, instagram, google+, youtube , carosell dan lain2
  • WhatsApp, wechat dll
  • Bina Blog/Web business anda
  • Newsletter
  • Opt-in Form etc

Anda boleh gunakan Teknik Cold Market di atas untuk dapatkan prospek dengan pantas.

Semua nama2 prospek mesti di tulis di dalam buku 'Prospecting' anda.  Tulis nama prospek, tarikh, dan 'remarks' sebab prospek hubungi anda.   Di bawah ini adalah buku saya sediakan sebagai contoh tulis nama2 prospek seperti di dalam buku ini:



Semoga 'sharing' ini memberi Ilmu untuk anda kembangkan dan berjaya di dalam bisnes yang anda ceburi.

Jika artikel ini bermanfaat, harap dapat di 'share' pada rakan-rakan anda yang perlukan bimbingan.  Semoga mereka berjaya.  Terima Kasih

Rabu, 11 Ogos 2010

BAGAIMANA MULAKAN BISNES NETWORK MARKETING?

Apa itu Langkah Kejayaan?

Satu soalan yang perlu dihurai untuk pendatang baru dalam Network Marketing ialah bagaimana bermula?  Antara kaedah yang telah terbukti melahirkan ramai yang berjaya dan meraih pendapatan lumayan menggunakan langkah di bawah ini:

Tujuh (7) langkah yang mesti anda lalui untuk berjaya dalam sesuatu bisnes :
  1. Belajar
  2. Sponsor
  3. Coaching
  4. Momentum 
  5. Monitor the ‘player’
  6. 'Breaking your personal Best'  

1.  MULAKAN DENGAN BELAJAR

Walaupun anda rasa sudah tahu bagaimana menjalankan bisnes yang lain, sebagai ahli baru anda mesti bermula dengan ZERO.

Bermula dari Zero’. Turunkan EGO anda dan mulakanlah dengan BELAJAR.  Carilah 'MENTOR' anda. Belajarlah dari mereka yang telah terbukti berjaya di dalam bisnes yang sama, jika kurang faham jangan malu untuk bertamya.

Ketahuilah setiap perniagaan mempunyai Sistem Pengurusan, Sistem Pembayaran, Produk dan Sistem Pendidikan yang berbeza.

Belajar memerlukan Masa, Disiplin dan Kesungguhan.  Ikuti Latihan, Kursus, Bengkel yang disediakan oleh syarikat yang anda ceburi dan sebagai tambahan hadiri Seminar dan Leadership Training.  Ada Seminar yang PERCUMA dan ada Seminar yang perlu dibayar.

Banyakkan baca buku2 tentang perniagaan anda, sentiasa dengar CD yang di sediakan oleh syarikat , tonton VCD dan baca buku-buku kejayaan,

Penting sekali anda lengkapkan diri anda dengan Ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan bisnes secepat mungkin.

  “Kejayaan adalah Kemahiran yang boleh dipelajari” 

Jika Syarikat  ada menyediakan TOOL KITs untuk kemudahan anda menjalankan Bisnes ini dapatkan dan belajar cara menggunakan TOOL KITs tersebut:  Dapatkan juga
  •  Majalah Syarikat
  •  Buku Rahsia Kejayaan Bisnes
  •  DVD 
  •  Flyers dan Booklet
  •  Name Card’
  •  Rubber Stamp’ untuk ‘Flyers’.
  •  Thumb Drive Business Presentation
  •  Borang Keahlian
Salah satu teknik untuk mencapai kejayaan dengan pantas ialah dengan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh MENTOR. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru untuk mencapai kejayaan.

Bisnes Network Marketing memberi peluang yang sangat besar untuk meraih pendapatan yang Lumayan yang boleh dijadikan Passive Income.
 "Tiada seorang pun yang tidak buat duit kecuali bagi mereka yang masuk tapi tak buat apa-apa!"
Lagi cepat anda capai Impian anda, sebenarnya lebih baik untuk diri anda dan jaringan anda.

Capailah Matlamat anda dengan lakukan perubahan yang drastik, buatlah sesuatu yang tidak pernah anda lakukan, keluarkan diri anda dari Zon Selesa, kurangkan masa anda dalam menonton TV yang tidak perlu dan gantikan dengan membaca buku-buku motivasi, mendengar CD dan menonton DVD motivasi.
. “Katakan pada diri anda - Kalau Mereka Boleh Aku Pun Boleh” 
Teknologi dan cara perniagaan telah berubah.  Jika anda serius untuk berjaya dalam bisnes, anda mesti belajar cara berbisnes on-line. Bina webpage (Kedai Maya), Blog Bisnes, aktif di Social Media seperti Facebook, Twitter, Instagram, Google-Plus dan banyak lagi

Berikan diri anda masa 3 Bulan untuk belajar bersungguh-sungguh dan fahami ilmu bisnes ini secepat mungkin.  Ketahuilah bahawa Network Marketing adalah Bisnes yang menuntut kemahiran di mana anda mesti mempunyai Ilmu yang betul untuk menjalankannya.

Network Marketing tidaklah semudah apa yang anda sangkakan. Tetapi jika dibandingkan bisnes 'Conventional' di luar SANA sebenarnya Network Marketing adalah lebih mudah dilaksanakan.

Walaupun Bisnes ini lebih mudah, namun anda perlu mengikuti sistem pendidikan yang telah diaturkan oleh syarikat. Anda perlu belajar dan mahir topik-topik berikut:

  1. Kemahiran membuat 1 on 1 Presentasi
  2. Kemahiran membuat Business Preview
  3. Kemahiran memimpin Down-line. 
  4.  Pengetahuan Profil Syarikat / Produk / Pelan Pemasaran.
Syarikat Network Marketing selalunya mengajurkan Seminar, Latihan dan Bengkel dan lain-lain.
Anda boleh lihat di Website dan buat pendaftaran untuk ikuti Seminar, Latihan dan lain-lain aktiviti.

 “Jika ada orang yang lebih baik dari anda, ini bermakna mereka tahu sesuatu yang anda tidak ketahui.”

Jika artikel ini bermanfaat harap dapat di share pada sahabat2 lain.  Terima Kasih

BINA ORGANASASI ANDA

Formula Kejayaan yang perlu anda lakukan untuk membina Organasasi Anda

The Winning Team

Anda mesti mempuyai kumpulan dinamakanWinning Team, Team work sangat penting untuk anda dan kumpulan anda berjaya.  Winning Team adalah kumpulan yang sentiasa bergerak bersama dan merancang akitiviti bersama.

Untuk dapatkan Winning Team anda mesti ada sistem untuk membina Organasasi dan mengajar semua organasasi mengikut sistem yang sama iaitu:  
  • Prospecting
  • Presentation
  • Follow Up dan Follow Thru
  • Closing & Servicing  

Lihat rajah duplikasi tiga (3) Orang dari atas ke bawah sebagai contoh :

 "Ali" (Direct Sponsor anda),
 "Bakar" (Direct Sponsor Ali),
 "Combi" (Direct Sponsor Bakar) 




Setelah "Ali" bersetuju menjadi Ahli bersama anda, tanggungjawab (anda) U ialah mengajar dan membantu "Ali" bagaimana buat Prospecting dan Sponsoring dalam masa 10 hari pertama

Ajar Ali tulis nama-nama prospek di buku 'Prospecting', mulakan dengan Hot Market dan Warm Market.  Dapatkan lima (5) Sponsor untuk "Ali" secepat mungkin.

Buat Servicing kepada Ali pastikan dia ikuti Kursus, Seminar, Workshop, Produk, Preview Bisnes dengar CD, tonton DVD, Tambahkan Ilmu dengan membaca buku2 yang berkaitan dengan Bisnes. 

Didik dan bimbing "Ali" dari
  • Ahli Biasa kepada Player
  • Player kepada Leader dalam Winning Team

Apabila "Ali" tahu menjalankan Bisnes ini maka mudahlah untuk "Ali" membantu dan mengajar "Bakar" seperti anda lakukan kepada "Ali" dan disinilah proses duplikasi sistem yang sama berlaku.

Duplikasi tiga (3) orang ke bawah iaitu:
  • Ajar "Ali"
  • "Ali" pula  mengajar "Bakar"
  • "Bakar" mengajar  "Combi" dan
  • teruskan buat duplikasi, duplikasi dan duplikasi....

Pilih antara 5 hingga 25 orang direct Sponsor di dalam organasasi anda yang serius menjalankan Bisnes ini bersama anda. 

Buat Coaching & Training. Bentuk WINNING TEAM yang kuat dan sentiasa jalankan aktiviti bersama mereka.

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda dan harap dapat di share kepada rakan niaga anda.  Terima Kasih

Jumaat, 6 Ogos 2010

KAD NAMA SEBAGAI TOOL BISNES

Apa Faedahnya KAD NAMA ?


Salah satu tool bisnes seorang Usahawan ialah Kad Nama 'Name Card'.

Flyers, Majalah Syarikat, Produk dan banyak lagi tool perniagaan yang perlu anda miliki.

Kad nama adalah tool bisnes yang paling ringkas dan mudah untuk memperkenalkan perniagaan anda kepada Prospek anda.

Di dalam Kad Nama akan tertulis
  • Nama , 
  • Jawatan, 
  • No Mobile, 
  • Email, 
  • Gambar Produk,
  • Alamat Syarikat dan 
  • Website bisnes anda.

Kad Nama kecil dan mudah dibawa kemana2 di dalam beg duit anda.  Berniaga seperti berperang kena sentiasa bersedia dengan 'tool' peperangan seperti senapang, pisau, makanan dan lain2.  Sama seperti Bisnes, anda mesti sentiasa bersedia dengan tool bisnes anda iaitu Kad Nama pada bila-bila masa.

Kita sering bertemu dengan rakan-rakan lama tanpa diduga seperti di Bas stesyen, MRT, majlis perkahwinan, di masjid dan lain2 kadang tak sempat memberi penerangan bisnes yang kita buat pada mereka. 

Dengan adanya Kad Nama kita boleh berikan kepada mereka dan galakkan kawan kita lunsuri Web atau blog kita contoh: www.OneGoldDinar.com

Ada syarikat yang menyediakan khidmat buat Kad Nama >> 100 pcs $15.00 sahaja.




Serius dalam Bisnes Anda -  Buat Kad Nama Sekarang

Rabu, 4 Ogos 2010

IKUT SISTEM


Menjalankan Bisnes Network Marketing memerlukan ILMU dan KEMAHIRAN. Cuba anda baca Kisah seorang Ahli Baru ini yang bernama "Ahmad".

"Ahmad" baru beberapa hari menganggotai Program Network Marketing  Setelah membaca beberapa buah buku dan mendengar Taklimat Bisnes "Ahmad" merasa Perlu Sponsor downline untuk mendapat Pendapatan Cepat.



Pagi Isnin.

 "Ahmad" telah bersiap sedia untuk membuat Sponsor. Ahmad bagun pagi dengan penuh bersemangat dan bersiap sedia untuk melakukan Sponsor .Tepat Jam 10:00pg Ahmad mengulangkaji Matlamat dan Mind Set dan mengakaji bagaimana dia boleh mendapat wang Bonus $59.50 jika dapat Sponsor 2 anggota baru hari ini.

"Ahmad" terus dail Nombor kenalan beliau. Setelah deringan 3 kali "Ahmad" terus tutup. Dalam fikirannya mengatakan "mungkin masih tidur, saya tak sepatutnya telefon waktu ini". Kemudian "Ahmad" terus melihat carta bagaimana mendapat $1000 dalam 1 bulan.

Jam 10:20pg "Ahmad" buat panggilan kedua. Deringan 'engage' "Ahmad" rasa lega dan terus berfikir mungkin dia pun tak minat dalam bisnes ini.

"Ahmad" terus mengulang kaji tentang Syarikat dan cara buat prospecting sambil melihat siapa lagi prospek yang boleh dihubungi. "Ahmad" berkata kepada dirinya "Saya tak takut rejection dan berani". Tanpa disedari apabila "Ahmad" melihat jam tangan rupa-rupa dah pukul 12:00tgh. Dalam hati berkata " Baik aku Makan Dulu lah" setelah tu boleh teruskan buat Sponsoring.

Jam 1:30 ptg "Ahmad" pun mula bertolak dari rumah  dan berfikir mana nak pergi dulu? Tiada rancangan dan tiada temu janji. Lalu terfikir baik aku jumpa kawan aku yang ada kedai runcit. setibanya di sana kelihatan kawannya sibuk dengan pelanggan.  Kemudian ke kedai kawan gunting rambut sampai di sana, wah mereka pun sibuk melayan pelanggannya.

Jam 3:00 petang "Ahmad" dah rasa keletihan dan menyerdari Keyakinannya dah mula kendur. Kemudian pulang kerumah dengan rasa hampa.  

Inilah perkara yang sering berlaku kepada ahli baru apabila tidak mengikut Sistem yang betul dan mengapa Ramai ahli yang berhenti Separuh Jalan.


Anda perlukan MENTOR untuk membimbing anda, cara yang betul dan mengikut sistem latihan.  Jangan sesekali bertindak bersendirian.  Sebagai pendatang baru anda perlukan banyak ILMU selalu berbincang dengan MENTOR anda jika ada perkara yang kurang faham. 

Ikut SISTEM PEMBELAJARAN yang disedia oleh Syarikat yang anda sertai.  Buat pendaftaran seberapa segera untuk hadiri Kursus, Seminar, workshop dan Leadership Training .  

Bermula dari ZERO dan tambahkan ILMU anda secepat mungkin.   Belajar cara buat Presentasi Bisnes. 

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan semoga mendapat manfaat.

Selasa, 3 Ogos 2010

COACHING


Sebaik sahaja anda sponsor 'ahli baru' langkah seterus yang perlu dilakukan ialah COACHING  'downline' anda.

Coaching bermakna  Mengajar, Melatih dan Membimbing

Setiap Direct 'downline' yang bergabung bersama anda adalah tanggungjawab anda untuk membimbing mereka. Walaubagaimana pun anda harus memberi keutamaan bagi 'downline' yang benar2 serius untuk menjalankan bisnes ini bersama anda. 

Tunjukkan 4 faktor penting yang perlu dibuat oleh 'Downline' anda.
  1. Prospecting (Hot Market, Warm Market dan Cold Market)
  2. Invitation- SMS, Telefon, Direct Approach dll
  3. Presentasi Bisnes atau Table Talk
  4. Closing and Servicing
    Setiap Direct down-line anda mesti mempunyai komitmen yang sama iaitu:
    • Buat Presentasi Bisnes atau Table Talk Setiap Hari
    • Baca Buku Motivasi dan Network Marketing
    • Dengar DVD dan CD
    • Hadiri Bisnes Preview Setiap Minggu .
    • Ikuti Latihan dan kursus  yang di anjurkan oleh Syarikat anda seperti New Orientation, Leadership Training, Bengkel Produk dan lain2 SEMINAR kepimpinan.

    Down-line anda mesti buat langkah yang sama seperti berikut:
    • BELAJAR      
    • SPONSOR     
    • COACHING 
    Inilah`'Sistem' yang betul yang mesti diikuti dan percayalah jika semua rangkaian anda melakukan perkara yang sama tidak dapat dinafikan Empayar bisnes akan berkembang dengan begitu pantas..

    Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda.

    MENGAPA ANDA SPONSOR ATAU MENAJA ?

    'SPONSOR' atau MENAJA

    Gambar : Bisnes Partner Anda

    Untuk besarkan EMPAYAR PERNIAGAAN, anda mesti Sponsor / Menaja ramai Rakan Niaga ataupun Customer di bawah jaringan anda.

    Setelah anda SPONSOR mereka, tanggungjawab anda pula ialah pastikan mereka ikut Sistem pembelajaran yang disediakan oleh syarikat.  Sebagai Rakan Niaga tunjukan pada mereka bagaimana membina Empayar Bisnes Mereka Sendiri.

    Sentiasa buat 'Servicing' pada Rakan Niaga yang telah anda sponsorPastikan mereka mengikuti acara-acara yang disediakan oleh Syarikat seperti:
    • Preview Business Opportunity
    • Leadership Training
    • Seminar Produk dll
    • Business Orientation
    Sentisas update 'Event' syarikat melalui Social Media samaada Facebook, Twitter, Instagram, Google+ dan lain2 ,  kepada down-line anda.  Cara paling cepat untuk update gunakan WhatsApp atau SMS.

    Ajar Rakan Niaga anda buat perkara2 di bawah ini:

    1. Prospecting.
    2. Presentation.
    3. Follow -up / Follow Thru.
    4. Closing & Servicing.

    Anda perlu Sponsor 5 orang setiap bulan tidak kira samaada dia Join sebagai 'Member' atau hanya' Customer'.  Lukis gambar 5 orang lidi iaitu bakal sponsor anda setiap bulan dan tampal kertas tersebut di Cermin Muka supaya anda sentiasa dapat melihatnya macam ini.  Target anda nak Sponsor sekurang2nya 5 orang dalam bulan tersebut.

    Gambar : 5 Orang Lidi
     
    Katakan ada 2 Prospek bersetuju Join 'Pangkah' 2 orang lidi, bermakna anda telah berjaya sponsor 2 orang prospek lihat  rajah  di bawah ini:.

    Gambar : 2 Orang Lidi dah JOIN member

    Tuliskan nama dan nombor mobile di buku catitan supaya mudah bila buat langkah seterusnya iaitu 'Servicing;. Bina whatsApp 'Broadcast' untuk update semua 'Event' syarikat kepada down-line anda..

    Semoga 'sharing' ini memberi Ilmu untuk anda kembangkan dan berjaya di dalam bisnes yang anda ceburi.

    Jika artikel ini bermanfaat, harap dapat di 'share' pada rakan-rakan anda yang perlukan bimbingan.  Semoga mereka berjaya.  Terima Kasih

    BELAJAR


    Belajar dari MENTOR yang terbukti berjaya dalam bisnes yang sama.

    Sering berhubung dan dapatkan bimbingan darinya.   Berikut adalah topik yang perlu anda pelajari:

    Prospecting
    Invitation
    Approach
    Presentation Business
    Table Talk
    Closing & Servicing
    Follow Thru
    Coaching
    On-line Register New Member
    Back Office Website
    Internet Marketing dll

    Anda hendaklah bermula dari ‘Zero’. Turunkan EGO anda dan mulakan dengan BELAJAR, sebab setiap Network Marketing mempunyai sistem pengurusan, sistem pembayaran, produk dan sistem pendidikan yang berbeza.

    Jika anda ingin berjaya dalam bisnes 'Network Marketing' fahami cara mendapat wang dengan cepat dan membina rangkaian dalam bisnes itu. .

    Belajar dan berbincanglah dengan MENTOR anda, jadikan tauladan dari pengalaman mereka.

    Lakukan lebih dari apa yang anda lakukan sekarang. Ikuti latihan, kursus, bengkel yang dijalankan oleh syarikat dan sebagai tambahan hadiri seminar kepimpinan orang-orang yang telah berjaya, dengar CD, tonton VCD dan sentiasa membaca buku-buku kejayaan, buku motivasi dan buku-buku yang ada kena mengena dengan bisnes 'Network Marketing'.

    Dari saat ini anda hendaklah lengkapkan diri anda dengan Ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan bisnes Network Marketing

    “Keep learning, study business, study network marketing” 


    Isnin, 2 Ogos 2010

    KENAPA BISNES NETWORK MARKETING?



    Ketika mempertimbangkan bagaimana memulakan perniagaan Network Marketing, mulakan dengan melihat pada diri anda sendiri. Anda harus menentukan keperluan dan keinginan  untuk menjalankan perniagaan Network Marketing yang sesuai dengan anda.

    • Apakah tujuan anda? 
    • Apa jumlah pendapatan yang anda mahukan untuk perniagaan ini? 
    • Adakah anda ingin bekerja penuh masa atau separuh waktu? 
    • Adakah anda memerlukan latihan tambahan untuk memulakan perniagaan?
    • Berapakah jumlah modal permulaan? 

    Semua soalan ini harus dijawab sebelum memasuki ke dunia pemasaran Network Marketing.
    Jika anda yang memilih untuk memulakan perniagaan Network Marketing.
    • Pilih syarikat yang baik dan kukuh
    • Sah disisi undang-undang dan telah terbukti perniagaannya.

    Hari ini, Multilevel Marketing adalah perniagaan yang sangat besar. Terdapat banyak syarikat-syarikat multi-nasional besar menjalankan perniagaan Network Marketing .  
    Jika anda mempertimbangkan untuk menjadi pengedar syarikat seperti itu. Anda mesti memilih syarikat yang menawarkan 
    • Produk yang baik dan berkualiti, 
    • Mempunyai latihan dan sokongan program-program untuk membantu anda menjalankan perniagaan anda.

    Keperluan kewangan untuk memulakan sebuah perniagaan Network Marketing biasanya cukup rendah dan tiada risiko.

    Dalam kebanyakan kes, anda akan dibayar komisyen atas jualan dan 'referral' yang anda hasilkan dan komisyen dari penjualan atau khidmat yang 'downline' anda hasilkan iaitu orang-orang yang telah anda sponsor untuk mengikuti program ini.

    Memulakan perniagaan Network Marketing sebaiknya bermula dari
    Keluarga anda, teman, dan rakan yang boleh menjadi pelanggan dan Rakan kongsi anda. Setelah itu anda boleh mulakan dengan mencari pasaran lain seperti di masjid, sekolah, persatuan dan lain-lain.

    Jika artikel ini bermanfaat harap 'Share' bersama rakan yang minat dalam Bisnes Network Marketing.  Terima Kasih


      

    Cari Blog Ini

    Follow ME

    Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

    Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com