Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Memaparkan catatan dengan label Prospek - Adakah Susah Nak Dapat?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Prospek - Adakah Susah Nak Dapat?. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2010

BIAR PROSPEK MECARI KITA

Mana lebih mudah kita mencari prospek atau prospek mencari kita?

Jawapannya tentulah lebih mudah prospek mencari kita.  Prospek yang mencari peluang bisnes, minda mereka lebih bersedia dan lebih terbuka dan lebih mudah untuk kita buat Closing.  Prospecting adalah asas yang menentukan kejayaan bisnes anda.

Tiada prospek bermakna bisnes anda tidak berkembang.  Sebab itu anda perlu mahir dan belajar cara dapatkan prospek samada cara Off-line ataupun On line.
        
a.  Berikut adalah cara Off-line
  • Melalui Kad Nama
  • Melalui Flyers atau Poster
  • Melalui Surat Khabar, Majalah, Yellow Pages dll
  • Melalui 'Direct Approach'
  • Hadiri Seminar, di Masjid, Kursus, Persatuan dll
  • Buat Road Show
  • Buka Booth
  • Anjurkan Seminar atau Preview Bisnes.
  • Home Party dll
Anda perlu kreatif untuk lakukan teknik2 off-line di atas,  untuk hilangkan rasa 'Malu' sebaiknya buat dengan berkumpulan.  Sentiasa bersedia dengan Kad Nama dan Flyers anda di dalam beg.  Sentiasa cari peluang untuk bercerita pada orang yang anda bertemui samaada di Kedai Kopi, Majlis Perkahwinan, Di Majlis Perjumpaan dan lain2.

Satu Teknik saya gunakan cara off-line ialah dengan gunakan FLYERS  dan POSTER.   Dengan flyers anda boleh berikan ketika ada Majlis Keramaian sementara untuk POSTER anda boleh tampal di tempat-tempat yang di benarkan.

Tampal POSTER bisnes anda di kolong2 blok HDB dan Notice Board di Supermarket di Stesen Bas dan banyak lagi tempat2 yang boleh anda tampal. 

Hebatnya cara ini anda tidak perlu keluar wang yang banyak sila lihat Contoh. POSTER di bawah ini:


b.  Teknik Internet On-line Marketing
  • emel Marketing
  • Mailing List - Yahoo, Google
  • Masuk Forum
  • Blog - Blogspot, Wordpress
  • Social Network - Facebook, twitter, instagram, google+, carosell dan lain2
  • Video Social Youtube, Metacafe, Vimeo dll
  • WhatsApp, wechat dll
  • Bina Blog/Web business anda
  • Newsletter
  • Opt-in Form etc
Banyak cara on-line yang anda boleh gunakan untuk dapatkan Prospek samada yang Percuma dan berbayar.  Anda juga boleh gunakan Social Media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Google+ dan lain-lain.  Anda juga boleh gunakan Video social seperti Youtube, Metacafe, Vimeo dan banyak lagi.

WhatsApp dan Wechat juga merupa media yang baik untuk anda dapatkan prospek.

Selain dari Social Media anda juga boleh buat Blog.  Ada Blog yang Percuma dan ada juga yang berbayar.  Semuanya adalah pilihan anda,  cuma saya syorkan jika anda serius dalam perniagaan anda pilihlah yang berbayar, register hosting dan domain untuk long term bisnes anda.

Sebagai contoh bagaimana saya dapatkan Prospek on-line anda boleh lihat Blog Emas saya www.m.OneGoldDinar.com dan juga Facebook Saya Mohd Suliman Hafid

Terima Kasih kerana sudi membaca Artikel ini, di harap ianya bermanfaat untuk anda semua dan Sila 'share' kepada teman2 niaga anda.

Khamis, 11 Jun 2009

SASARAN - PROSPEK

Photobucket

SASARAN - PROSPEK
Siapakah sasaran prospek kita dalam bisnes Network Marketing

Terdapat (3) Jenis Prospek Market yang perlu kita ketahui:
1. Hot Market
2. Warm Market
3. Cold Market

1. Hot Market.
Hot Market adalah terdiri dari orang yang terdekat bersama kita seperti adik-beradik , pak cik kita, ipar duai, saudara-mara dan orang2 yang sangat rapat bersama kita. Ini lah orang yang mesti kita JUMPA dulu. Apa yang anda perlu lakukan ialah Telefon dan beritahu anda ingin Jumpa kerana ada Berita Baik yang ingin Di Kongsikan Bersama! Kalau perlu belanja makan apa salahnya itukan Saudara atau kenalan rapat kita?. Niat nak jumpa mereka nak beritahu bahawa anda dapat Projek Bisnes dan nak ajak mereka buat sama-sama projek itu....

2. Warm Market.
Warm market adalah kawan-kawan kita yang sama sekolah, bermain bola sepak, kawan kerja, kawan bisnes dan macam2 lagi. Cuba senaraikan nama2 mereka dan kemudian buat pre-qualify samaada mereka Minat bisnes. Minat produk atau ada masalah kesihatan. Gunakan 'approach' secara Indirect.  Pelajari kemahiran Approach..
Buat pertemuan bersama mereka untuk mendapat pendapat mereka akan Peluang Bisnes Network Marketing.  Biar rakan anda yang memberi penilaian.  Cuba bawa teman anda ke Preview Bisnes atau minta pertolong dari Upline anda untuk menerangkan Bisnes Network Marketing.  Leverage kepada Upline anda sebab Upline anda lebih Lama dan sudah ada Bukti Kejayaan.

3. Cold Market
Cold Market merupakan market yang paling besar dan tidak akan habis Umpama "Ikan di Laut yang tidak akan Habis".  Cold Market terdiri dari orang yang kita tidak kenali dan bilangannya sangat ramai. Kaedah yang boleh anda buat ialah gunakan SMS "Power", Flyers, Name Card, Advertise Surat khabar, Poster dan Kaedah online iaitu melalui Facebook, Tagged, Blog, Social Network, Video Marketing, email marketing.

Saya dapat ramai kenalan melalui Social Network. Pada Hakikatnya masalah susah Nak dapat Prosek tidak timbul jika anda Fahami cara mendapatkan Prospek.


Akhir kata, Semoga artikel ini menjadi satu dorongan untuk anda terus jalankan Bisnes Network Marketing. Ubah Image dan Ubah cara Bisnes... Harus di ingat bahawa Bisnes Network Marketing adalah Bisnes Profesional, yang telah melahirkan RAMAI JUTAWAN di Seluruh DUNIA. Jadi teruskan usaha anda dan Capailah Impian Anda."Semua Manusia diberi Peluang yang sama untuk menjadi Kaya . Untuk menjadi kaya kita mesti mempunyai keinginan menjadi Kaya" KLIK SINI

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com