Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Selasa, 3 Ogos 2010

COACHING


Sebaik sahaja anda sponsor 'ahli baru' langkah seterus yang perlu dilakukan ialah COACHING  'downline' anda.

Coaching bermakna  Mengajar, Melatih dan Membimbing

Setiap Direct 'downline' yang bergabung bersama anda adalah tanggungjawab anda untuk membimbing mereka. Walaubagaimana pun anda harus memberi keutamaan bagi 'downline' yang benar2 serius untuk menjalankan bisnes ini bersama anda. 

Tunjukkan 4 faktor penting yang perlu dibuat oleh 'Downline' anda.
  1. Prospecting (Hot Market, Warm Market dan Cold Market)
  2. Invitation- SMS, Telefon, Direct Approach dll
  3. Presentasi Bisnes atau Table Talk
  4. Closing and Servicing
    Setiap Direct down-line anda mesti mempunyai komitmen yang sama iaitu:
    • Buat Presentasi Bisnes atau Table Talk Setiap Hari
    • Baca Buku Motivasi dan Network Marketing
    • Dengar DVD dan CD
    • Hadiri Bisnes Preview Setiap Minggu .
    • Ikuti Latihan dan kursus  yang di anjurkan oleh Syarikat anda seperti New Orientation, Leadership Training, Bengkel Produk dan lain2 SEMINAR kepimpinan.

    Down-line anda mesti buat langkah yang sama seperti berikut:
    • BELAJAR      
    • SPONSOR     
    • COACHING 
    Inilah`'Sistem' yang betul yang mesti diikuti dan percayalah jika semua rangkaian anda melakukan perkara yang sama tidak dapat dinafikan Empayar bisnes akan berkembang dengan begitu pantas..

    Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda.

    MENGAPA ANDA SPONSOR ATAU MENAJA ?

    'SPONSOR' atau MENAJA

    Gambar : Bisnes Partner Anda

    Untuk besarkan EMPAYAR PERNIAGAAN, anda mesti Sponsor / Menaja ramai Rakan Niaga ataupun Customer di bawah jaringan anda.

    Setelah anda SPONSOR mereka, tanggungjawab anda pula ialah pastikan mereka ikut Sistem pembelajaran yang disediakan oleh syarikat.  Sebagai Rakan Niaga tunjukan pada mereka bagaimana membina Empayar Bisnes Mereka Sendiri.

    Sentiasa buat 'Servicing' pada Rakan Niaga yang telah anda sponsor.  Pastikan mereka mengikuti acara-acara yang disediakan oleh Syarikat seperti:
    • Preview Business Opportunity
    • Leadership Training
    • Seminar Produk dll
    • Business Orientation
    Sentisas update 'Event' syarikat melalui Social Media samaada Facebook, Twitter, Instagram, Google+ dan lain2 ,  kepada down-line anda.  Cara paling cepat untuk update gunakan WhatsApp atau SMS.

    Ajar Rakan Niaga anda buat perkara2 di bawah ini:

    1. Prospecting.
    2. Presentation.
    3. Follow -up / Follow Thru.
    4. Closing & Servicing.

    Anda perlu Sponsor 5 orang setiap bulan tidak kira samaada dia Join sebagai 'Member' atau hanya' Customer'.  Lukis gambar 5 orang lidi iaitu bakal sponsor anda setiap bulan dan tampal kertas tersebut di Cermin Muka supaya anda sentiasa dapat melihatnya macam ini.  Target anda nak Sponsor sekurang2nya 5 orang dalam bulan tersebut.

    Gambar : 5 Orang Lidi
     
    Katakan ada 2 Prospek bersetuju Join 'Pangkah' 2 orang lidi, bermakna anda telah berjaya sponsor 2 orang prospek lihat  rajah  di bawah ini:.

    Gambar : 2 Orang Lidi dah JOIN member

    Tuliskan nama dan nombor mobile di buku catitan supaya mudah bila buat langkah seterusnya iaitu 'Servicing;. Bina whatsApp 'Broadcast' untuk update semua 'Event' syarikat kepada down-line anda..

    Semoga 'sharing' ini memberi Ilmu untuk anda kembangkan dan berjaya di dalam bisnes yang anda ceburi.

    Jika artikel ini bermanfaat, harap dapat di 'share' pada rakan-rakan anda yang perlukan bimbingan.  Semoga mereka berjaya.  Terima Kasih

    BELAJAR


    Belajar dari MENTOR yang terbukti berjaya dalam bisnes yang sama.

    Sering berhubung dan dapatkan bimbingan darinya.   Berikut adalah topik yang perlu anda pelajari:

    Prospecting
    Invitation
    Approach
    Presentation Business
    Table Talk
    Closing & Servicing
    Follow Thru
    Coaching
    On-line Register New Member
    Back Office Website
    Internet Marketing dll

    Anda hendaklah bermula dari ‘Zero’. Turunkan EGO anda dan mulakan dengan BELAJAR, sebab setiap Network Marketing mempunyai sistem pengurusan, sistem pembayaran, produk dan sistem pendidikan yang berbeza.

    Jika anda ingin berjaya dalam bisnes 'Network Marketing' fahami cara mendapat wang dengan cepat dan membina rangkaian dalam bisnes itu. .

    Belajar dan berbincanglah dengan MENTOR anda, jadikan tauladan dari pengalaman mereka.

    Lakukan lebih dari apa yang anda lakukan sekarang. Ikuti latihan, kursus, bengkel yang dijalankan oleh syarikat dan sebagai tambahan hadiri seminar kepimpinan orang-orang yang telah berjaya, dengar CD, tonton VCD dan sentiasa membaca buku-buku kejayaan, buku motivasi dan buku-buku yang ada kena mengena dengan bisnes 'Network Marketing'.

    Dari saat ini anda hendaklah lengkapkan diri anda dengan Ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan bisnes Network Marketing

    “Keep learning, study business, study network marketing” 


    Isnin, 2 Ogos 2010

    KENAPA BISNES NETWORK MARKETING?



    Ketika mempertimbangkan bagaimana memulakan perniagaan Network Marketing, mulakan dengan melihat pada diri anda sendiri. Anda harus menentukan keperluan dan keinginan  untuk menjalankan perniagaan Network Marketing yang sesuai dengan anda.

    • Apakah tujuan anda? 
    • Apa jumlah pendapatan yang anda mahukan untuk perniagaan ini? 
    • Adakah anda ingin bekerja penuh masa atau separuh waktu? 
    • Adakah anda memerlukan latihan tambahan untuk memulakan perniagaan?
    • Berapakah jumlah modal permulaan? 

    Semua soalan ini harus dijawab sebelum memasuki ke dunia pemasaran Network Marketing.
    Jika anda yang memilih untuk memulakan perniagaan Network Marketing.
    • Pilih syarikat yang baik dan kukuh
    • Sah disisi undang-undang dan telah terbukti perniagaannya.

    Hari ini, Multilevel Marketing adalah perniagaan yang sangat besar. Terdapat banyak syarikat-syarikat multi-nasional besar menjalankan perniagaan Network Marketing .  
    Jika anda mempertimbangkan untuk menjadi pengedar syarikat seperti itu. Anda mesti memilih syarikat yang menawarkan 
    • Produk yang baik dan berkualiti, 
    • Mempunyai latihan dan sokongan program-program untuk membantu anda menjalankan perniagaan anda.

    Keperluan kewangan untuk memulakan sebuah perniagaan Network Marketing biasanya cukup rendah dan tiada risiko.

    Dalam kebanyakan kes, anda akan dibayar komisyen atas jualan dan 'referral' yang anda hasilkan dan komisyen dari penjualan atau khidmat yang 'downline' anda hasilkan iaitu orang-orang yang telah anda sponsor untuk mengikuti program ini.

    Memulakan perniagaan Network Marketing sebaiknya bermula dari
    Keluarga anda, teman, dan rakan yang boleh menjadi pelanggan dan Rakan kongsi anda. Setelah itu anda boleh mulakan dengan mencari pasaran lain seperti di masjid, sekolah, persatuan dan lain-lain.

    Jika artikel ini bermanfaat harap 'Share' bersama rakan yang minat dalam Bisnes Network Marketing.  Terima Kasih


      

    Khamis, 24 Jun 2010

    EMPAT (4) ELEMEN UTAMA - KEJAYAAN

    Terdapat 4 Elemen utama untuk berjaya di dalam Network Marketing iaitu :

    1.   Anda harus menjadi pemimpin
    2.   Anda harus mencintai perniagaan anda
    3.   Anda harus menghadiri latihan syarikat anda
    4.   Anda harus melahirkan pemimpin

    Perkara di atas kelihatan 'Mudah' tetapi ramai dikalangan Networkers yang gagal melaksanakannya. 

    Apabila kita tidak tahu dan mempelajari cara menduplikasikan sistem yang sama kepada 'downline' , akhirnya kita sendiri akan 'gagal' dan pendapatan bulanan kita akan berkurangan dan apabila pendapatan kita semakin berkurang inilah kegagalan sebenar di dalam network marketing.  

    Proses duplikasi memainkan peranan yang sangat mustahak jika anda ingin berjaya di dalam network marketing.  Jadi, pelajari dan fahami bagaimana anda boleh terus kekal menjalankan network marketing. 

    "Orang lain buat Duit, Anda buat Alasan" 
     Dato Dr Md Fadzillah Kamsah 

    Teruskan membaca blog ini ...



    Khamis, 17 Jun 2010

    TIGA (3) KESILAPAN BESAR MENGAPA ANDA GAGAL

    Tiga (3) Kesilapan besar mengapa 95% daripada Networkers Gagal dan menyebabkan mereka membuang-buang waktu dengan prospek yang tidak berminat, mengalami tekanan kerana ‘rejections’ dan menghabiskan terlalu banyak waktu fokus pada tugas-tugas yang salah!

    Kesilapan # 1 – Membuang Waktu Untuk Cuba "Yakinkan" Prospek Anda.

    Pernahkah anda duduk berfikir dan mencari sebab mengapa sebahagian besar prospek tidak menyertai bersama anda? Tahukah anda sebab sebenarnya adalah

    • BUKAN kerana kurangnya wang.
    • BUKAN kerana kurangnya masa.
    • BUKAN kerana mereka tidak berfikir itu "untuk mereka". 

    Sebab utama mengapa Prospek tidak bergabung dengan anda adalah kerana mereka tidak FAHAM apa itu rangkaian pemasaran (Network Marketing).

    Mereka tidak mendengar kata-kata "Peluang pendapatan automatik, membantu orang lain, atau kebebasan masa". Malahan, mereka mendengar kata-kata "skim piramid, skim cepat kaya, hanya pemimpin atas menghasilkan wang" dan lain-lain.

    Mereka berfikiran Network Marketing sebagai "negatif" .  Jadi anda sebenarnya seperti berbual dengan tembok dan membuang masa anda!

    Oleh kerana itu - hal pertama yang harus anda lakukan untuk menjadi sukses adalah menjadi seperti seorang ‘ Mentor’ yang professional sehingga akhirnya anda boleh membantu mengatasi rejections di atas tadi.

    Kesilapan # 2 - Anda Jadi Seorang Jurujual ( Salesman)

    Belajar bagaimana untuk jadi seorang jurujual adalah satu kesalahan terbesar dalam Network Marketing. Bukanlah sebab jurujual tidak baik – tetapi terdapat 2 kelemahan utama sebagai jurujual dari sudut Network Marketing.

     1.Kelemahan Pertama
    Anda tentu akan mendapat rintangan kerana cuba menjual sesuatu kepada prospek. Sebaliknya, anda harus fokus kepada menjadi teman untuk membantu bukan menjadi Jurujual. Apabila anda berbicara anggaplah anda berbicara dengan kawan rapat dan saudara terdekat anda.
    2. Kelemahan kedua
    Untuk menjadi seorang Jurujual memerlukan banyak masa untuk belajar bagaimana melakukannya. Walaubagaimana pun untuk berjaya dalam bisnes Network Marketing anda mesti tahu paling tidak dasar-dasar jualan. Anda juga perlu tahu cara mengatasi objections mereka dan fokuskan kepada prospek yang ingin tahu akan bisnes ini.
    Hal ini membuat hidup anda lebih mudah dan anda hanya perlu mengetahui beberapa asas-asas komunikasi yang berkesan.

    Kesilapan # 3 - Tidak "Kloning" Diri Anda SEGERA
    Pernahkah anda merangsang dan mengharap akan perkembangan bisnes menjadi seperti anda? Atau hanya mahukan 'down-line' anda hanya membuat sponsor dan sponsor untuk bergabung dengan perniagaan ini yang membolehkan ANDA menerima bonus sebagai upline yang tidak layak?

    Apakah cara yang betul?
    Jika anda inginkan perniagaan Network Marketing anda berjaya. Anda mesti tahu cara menduplikasi atau klon diri anda dengan segera kepada downline anda.

    Sayangnya kita tidak dapat klon robot untuk jadikan downline kita. Tapi ini bukanlah satu penghalang untuk mencapai impian dan matlamat anda!
    Sebab itu jika 85% (atau lebih) dari prospek anda yang tidak menyertainya tdak akan memberi kesan yang Negatif yang akhirnya menyebabkan anda menyerah diri dan berhenti sebelum mendapat wang dalam Network Marketing.

    Kajian membuktikan bahawa hanya 3-5% daripada Networkers mempunyai anti-virus yang cukup tebal untuk menangani penolakan dan terus lakukan bisnes ini tanpa berhenti. 

    Jadi, 'hidupkan' downline anda adalah sangat mustahak dengan memberikan ILMU dan mengikuti sistem yang betul.

    Anda harus tahu cara menggunakan sistem untuk mendapat downline lebih besar, kerja yang kurang dan sekali gus dapat membantu downline anda mendapatkan lebih banyak ahli.

    Diharap maklumat ini memberi manfaat untuk anda dan harap dapat di 'share' pada teman2 kongsi niaga anda.  Terima Kasih.

    Ahad, 13 Jun 2010

    TUJUH (7) KESILAPAN DALAM BISNES



    1) Sikap Part Time

    Tidak salah anda lakukan bisnes secara Part-Time pada peringkat awal, kerana anda masih lagi bekerja. Tetapi apa yang silap apabila anda memiliki SIKAP Part-Time terhadap bisnes itu.

    Ramai orang baru baru gagal kerana mereka memperlakukan perniagaan ini seperti HOBI. Hal ini akan memberi kesan terhadap pendapatan yang akan anda perolehi.  Jadi, jangan jadikan perniagaan ini sebagai cuba-cuba.  Buat komitmen dan bina rangkaian anda dengan pantas.

    2) Jangan Buat Diri Anda Bermasalah.

    Apabila anda pertama kali melakukan bisnes tdak kira apa bentuk bisnes sekalipun, anda adalah baru dan tidak mempunyai ilmu. Anda belum tahu sepenuhnya tentang syarikat, tentang produk dan pelan pemasaran. Anda sangat baru, Jadi bagaimana anda mengembangkan perniagaan anda, sedangkan anda belum pun menerima sebarang pendapatan pembayaran. Ramai orang baru merasa sangat gelisah kerana mereka tidak tahu apa yang harus dicakapkan kepada prospek mereka.

    Jangan bimbang, apa yang perlu anda lakukan ialah Cari 'Upline' atau 'Mentor' yang bersedia membantu anda. ‘Leverage’ kepada mereka dan mulakan dengan mencari Ilmu cara buat presentasi dan cara buat panggilan ataupun SMS/WhatsApp.

    Pelajari secepat mungkin cara 'Upline' atau 'Mentor' anda berbicara, dengar dengan teliti dan catat dengan baik apa yang mereka katakan dan bagaimana mereka menyampaikan. Belajar dari mereka sehingga akhirnya anda boleh melakukannya sendiri.

    3) Jangan Merasa Takut

    Orang baru sering takut untuk berbicara dengan orang lain tentang peluang perniagaan ini, kerana mereka takut ditolak. Apa yang harus mereka sedari, penolakan akan tetap berlaku, kerana mungkin peluang ini bukan untuk mereka atau waktu tidak mengizinkan dan banyak lagi sebab.

    Ketika saya mula-mula dalam industri ini, penolakan adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Saya takut mengangkat telefon dan membuat panggilan, kerana saya takut mereka mengatakan "TIDAK."

    Cuba lihat, apabila anda menempah makanan di Fast Food restoran dan penjual akan bertanya adakah awak ingin kentang goreng? Apabila anda katakan TIDAK , penjual itu tak perlu keluarkan air mata dan menagis disebabkan kita katakan TIDAK.

    Tentu sekali TIDAK! Sebab Kentang goreng bukan untuk semua orang dan adakah ini bermakna anda telah hilang perniagaan anda. Anda hanya perlu mencari orang yang tepat iaitu Mereka yang inginkan peluang perniagaan ini seperti kentang goreng.

    4) Jangan Mencipta Roda (Reka Sendiri)

    Sebelum anda telah ada orang yang berjaya di dalam perniagaan yang anda ceburi. Jadi jangan membuat keadaan lebih sukar untuk diri anda sendiri dengan berusaha mencipta roda (reka sendiri).

    Jika syarikat yang anda ceburi mempunyai sistem pembelajaran yang telah terbukti berjaya, ikuti cara yang sama. Keep it simple! Jangan membuat usaha ini lebih sukar daripada yang sebenarnya.

    5) Jangan Lupakan Kekuatan Pelanggan

    Sering terjadi kita begitu terfokus pada merekrut rangkaian baru dan mereka benar-benar terlupa tentang pelanggan.

    Penjualan runcit adalah sebahagian daripada pendapatan anda di dalam bisnes ini. Pelanggan adalah tulang belakang perniagaan anda. Rangkaian anda menyertai kerana mereka jatuh cinta dengan produk anda dan mereka tinggal pun kerana itu.

    6) Jangan Menjauhkan 'Upline' Anda

    Upline anda adalah sumber yang paling berharga. Anda juga harus pergi kepada orang yang melatih dan membimbing anda, juga pada orang yang menyokong dan mendorong anda berjaya. Jangan menjauhkan diri anda dari mereka.

    Jangan juga mengharap mereka untuk memegang tangan anda sepanjang perniagaan ini.

    Saya hanya bersama 'Upline' belajar hanya untuk beberapa minggu sahaja. Kemudian saya terus berdikari mencari ilmu ikut Sistem pembelajaran yang disediakan oleh syarikat. Walaubagaimana saya akan sentiasa berhubung pada 'Upline' saya setiap Minggu.

    7) Jangan Biarkan Orang Mencuri Impian anda

    Anda mempunyai sebab mengapa anda memulakan perniagaan ini. Mungkin kerana mahu sering bersama anak-anak dan isteri/suami di rumah. Mungkin untuk membeli rumah yang lebih besar dan cantik. Sebuah kereta BMW baru atau mungkin anda hampir bersara dan ingin memastikan anda boleh hidup selesa selepas anda bersara. Mungkin juga ingin pergi bercuti keluarga yang telah lama tertunda. Apa pun yang anda "IMPIKAN" jangan biarkan siapa pun datang mencuri IMPIAN anda. Tetap Fokus pada SATU buat sampai Jadi , jangan lakukan perniagaan ini Separuh JALAN....


    Sabtu, 12 Jun 2010

    APAKAH RAHSIA KEJAYAAN DALAM NETWORK MARKETING?


    Saya pernah menerima soalan cupumas dari 'downline' berbunyi, "Apakah rahsia sebenar mendapat wang dan berjaya di Network Marketing."

    Saya percaya jika pertanyaan itu ditujukan kepada anda, tentu anda sudah mempunyai jawapannya.  Jawapan saya mudah sahaja:

    Sebenarnya tiada "Rahsia" disebalik mendapatkan wang di Network Marketing.
    Yang penting anda harus faham empat (4) faktor berikut:
    1. Syarikat yang anda sertai adalah baik dan kukuh.
    2. Syarikat mempunyai produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh orang ramai dengan tawaran harga yang baik dan berpatutan.
    3. Mempunyai sistem pembayaran yang adil dan Mudah melakukanya.
    4. Mempunyai sistem sokongan Internet dan sistem pembelajaran yang berterusan.

    Apabila ciri2 di atas telah lengkap perkara seterusnya ialah tanya pada diri anda"Berapa banyak Wang yang anda mahukan melalui syarikat tersebut" $5000 sebulan? $10,000 sebulan? semuanya anda yang tentukan.

    Tetapkan matlamat anda berapa banyak wang yang anda mahukan 3 bulan dari sekarang kemudian FOKUS dan buat perancangan ke arah itu.

    Walaupun anda JOIN sebagai ahli di sesuatu syarikat Network Marketing.  Hakikatnya perniagaan itu adalah perniagaan anda sendiri, syarikat hanya menyediakan Platfrom sahaja.  Mulai dari saat menjadi ahli Bina Empire perniagaan anda dengan membina rangkaian seberapa ramai.   Lagi ramai orang di bawah rangkaian anda lagi besar bonus atau commission yang boleh anda perolehi.

    Akhirnya, anda perlu menjalankan perniagaan ini untuk jangkamasa panjang dan tidak berharap untuk menghasilkan banyak wang dalam masa yang singkat atau semalaman.

    Pelajari dan fahami ILMU menjalankan perniagaan Network Marketing dengan tekun serta ikuti sistem yang betul.

    Seperti dalam kebanyakan hal kehidupan, ketekunan dan kesungguhan mengambil satu langkah demi langkah yang akan menyebabkan keputusan cemerlang dan berjaya. Jangan sesekali cepat rasa JEMU dan putus asa.

    Jika anda menerima sesuatu perniagaan yang menyatakan anda boleh berjaya cepat tanpa usaha anda harus BERHATI-HATI.

    Itu nasihat saya jangan tertipu dengan "Skim Cepat Kaya".  Sekian harap artikel ini bermanfaat untuk anda dan Share pada sahabat2 kita.  Terima kasih.

    Isnin, 7 Jun 2010

    APAKAH KELEBIHAN BERNIAGA SENDIRI?

    KELEBIHAN BISNES SENDIRI


    Terdapat banyak kelebihan mengapa anda perlu memiliki perniagaan anda sendiri berikut adalah antara sebab-sebabnya;

    1.  Kerja keras dengan berniaga menghasilkan kekayaan 
    2.  Anda memiliki kemampuan untuk membantu orang lain
    3.  Anda mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarga anda
    4.  Anda mempunyai lebih keyakinan dan percaya diri
    5.  Anda memiliki lebih kebebasan wang

    Orang yang paling bahagia dan paling puas adalah mereka yang mempunyai perniagaan mereka sendiri kerana merekalah yang menentukan masa dan wang.

    Saya tidak mengatakan bahawa menjadi seorang pekerja adalah tidak baik, tetapi jika anda mempunyai peluang untuk membuat perniagaan  mengapa tidak mempertimbangkannya?

    Mungkin pada peringkat awal anda boleh buat secara Part-Time.  Carilah mana-mana Syarikat yang menawarkan peluang perniagaan secara On-line.  

    Mereka yang berjaya dalam perniagaan terdiri dari mereka yang bekerja keras.  Mereka memberi khidmat yang sangat baik.  Mereka juga membuat beberapa keputusan strategik yang akhirnya mereka meraih kejayaan.

    Anda boleh mendedikasikan bertahun-tahun hidup sebagai seorang pekerja pada sebuah syarikat, hakikatnya anda sendiri tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku kepada syarikat itu seperti perubahan pengurusan, syarikat diambilalih oleh bos lain, pertukaran polisi, keadaan krisis ekonomi dan lain2.

    Jika ini berlaku akan memaksa perubahan mendadak pada diri anda tanpa diduga.

    Sebaliknya, jika anda mempunyai perniagaan sendiri, anda mungkin menghadapi persaingan atau perubahan undang-undang. Tetapi di sini anda memiliki masa dan peluang untuk berjuang dan memperbetulkan keadaan.

    Robert T. Kiyosaki pengarang buku RICH DAD's - CASH FLOW QUADRANT memberi cara bagaimana menjadi seorang Bisnes yang berjaya ialah dengan:

    1. Mencari Seorang Mentor yang telah terbukti berjaya
    2. Membeli Sebuah Perniagaan Francais
    3. Libatkan Diri dalam Perniagaan Network Marketing

    Saya percaya anda mempunyai minat tersendiri.  Saya sediakan tiga (3) Platform Bisnes mungkin boleh dijadikan pilihan bisnes anda :
    1. Internet Online Marketing  - www.u2ubiz.com
    2. Network Marketing - www.lifecordeyceps.com
    3. Gold Investment Platform - www.OneGoldDinar.com
    Saya doakan anda akan dapat mencari Platform Perniagaan yang sesuai untuk 'Passive Income' dan lebih berjaya dengan berniaga sendiri. 

    Sabtu, 29 Mei 2010

    Rabu, 19 Mei 2010

    TABLE TALK


    Kaedah lain untuk mendapat Customer atau Prospek ialah kemahiran membuat presentasi bisnes atau 'table talk'.  Agen insuran dan agen rumah juga membuat presentasi bisnes mereka secara One-on-One (1O1) , Jadi apakah bezanya antara bisnes kita dengan mereka?

    Sebelum anda melakukan 'Table Talk' kepada prospek anda, ada beberapa perkara yang mesti anda ketahui.

    1. Anda mesti bersedia dengan Tools yang diperlukan untuk buat Table Talk seperti  Kad Nama, Dokumen Penting, Buku Presentasi, Kertas A4, flyers dan lain-lain.
    2. Datang 30 minit lebih awal.
    3. Tempat yang sesuai ( tidak terlalu bising).
    4. Tahu bagaimana atasi 'Objections' prospek
    5. Menggunakan Teknik 3P, FORM dan lain-lain
    6. Tahu Teknik lakukan Power Closing.

    Jadikan jumpa prospek setiap hari sebagai hobby anda dengan demikian anda tidak akan rasa tertekan walaupun anda ada target yang ingin anda capai.

    Sebelum keluar rumah berdoalah dan tanamkan niat "anda lakukan ini untuk keluarga dan masa depan keluarga anda".

    Saya doakan anda berjaya dalam menjalankan perniagaan anda sendiri.

    Selasa, 11 Mei 2010

    BIAR PROSPEK MECARI KITA

    Mana lebih mudah kita mencari prospek atau prospek mencari kita?

    Jawapannya tentulah lebih mudah prospek mencari kita.  Prospek yang mencari peluang bisnes, minda mereka lebih bersedia dan lebih terbuka dan lebih mudah untuk kita buat Closing.  Prospecting adalah asas yang menentukan kejayaan bisnes anda.

    Tiada prospek bermakna bisnes anda tidak berkembang.  Sebab itu anda perlu mahir dan belajar cara dapatkan prospek samada cara Off-line ataupun On line.
            
    a.  Berikut adalah cara Off-line
    • Melalui Kad Nama
    • Melalui Flyers atau Poster
    • Melalui Surat Khabar, Majalah, Yellow Pages dll
    • Melalui 'Direct Approach'
    • Hadiri Seminar, di Masjid, Kursus, Persatuan dll
    • Buat Road Show
    • Buka Booth
    • Anjurkan Seminar atau Preview Bisnes.
    • Home Party dll
    Anda perlu kreatif untuk lakukan teknik2 off-line di atas,  untuk hilangkan rasa 'Malu' sebaiknya buat dengan berkumpulan.  Sentiasa bersedia dengan Kad Nama dan Flyers anda di dalam beg.  Sentiasa cari peluang untuk bercerita pada orang yang anda bertemui samaada di Kedai Kopi, Majlis Perkahwinan, Di Majlis Perjumpaan dan lain2.

    Satu Teknik saya gunakan cara off-line ialah dengan gunakan FLYERS  dan POSTER.   Dengan flyers anda boleh berikan ketika ada Majlis Keramaian sementara untuk POSTER anda boleh tampal di tempat-tempat yang di benarkan.

    Tampal POSTER bisnes anda di kolong2 blok HDB dan Notice Board di Supermarket di Stesen Bas dan banyak lagi tempat2 yang boleh anda tampal. 

    Hebatnya cara ini anda tidak perlu keluar wang yang banyak sila lihat Contoh. POSTER di bawah ini:


    b.  Teknik Internet On-line Marketing
    • emel Marketing
    • Mailing List - Yahoo, Google
    • Masuk Forum
    • Blog - Blogspot, Wordpress
    • Social Network - Facebook, twitter, instagram, google+, carosell dan lain2
    • Video Social Youtube, Metacafe, Vimeo dll
    • WhatsApp, wechat dll
    • Bina Blog/Web business anda
    • Newsletter
    • Opt-in Form etc
    Banyak cara on-line yang anda boleh gunakan untuk dapatkan Prospek samada yang Percuma dan berbayar.  Anda juga boleh gunakan Social Media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Google+ dan lain-lain.  Anda juga boleh gunakan Video social seperti Youtube, Metacafe, Vimeo dan banyak lagi.

    WhatsApp dan Wechat juga merupa media yang baik untuk anda dapatkan prospek.

    Selain dari Social Media anda juga boleh buat Blog.  Ada Blog yang Percuma dan ada juga yang berbayar.  Semuanya adalah pilihan anda,  cuma saya syorkan jika anda serius dalam perniagaan anda pilihlah yang berbayar, register hosting dan domain untuk long term bisnes anda.

    Sebagai contoh bagaimana saya dapatkan Prospek on-line anda boleh lihat Blog Emas saya www.m.OneGoldDinar.com dan juga Facebook Saya Mohd Suliman Hafid

    Terima Kasih kerana sudi membaca Artikel ini, di harap ianya bermanfaat untuk anda semua dan Sila 'share' kepada teman2 niaga anda.

    Khamis, 25 Februari 2010

    Selebriti Singapura Turut Menyertai Program Hebat Ini


    Program Keusahawanan Internet.. Paling Hebat di Singapura. Majlis Taklimat telah dilangsungkan Pada 21 Feb 2010 (Ahad) Yang lalu.

    Berita Program Keusahawanan Internet  ini telah di Siarkan di Berita SURIA pada 16 Feb 2010.

    Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat Melayu Islam Singapura.


    Turut menyertai Program ini ialah Selebriti Singapura anda tentu kenal Siapa mereka ini. Puan Asmah Laili, M Ismail dan Obek Didi , Mereka pun tidak mahu ketinggalan untuk membina Kualiti Diri dengan menyertai Program Keusahawanan Internet.

    Jadi, lakukan perubahan hidup anda hari ini dengan membuat Program Usahwanan Internet. Tiada siapa yang dapat mengubah taraf hidup anda kecuali Anda Sendiri.

    Pendaftaran PERCUMA KLIK SINI

    Rabu, 13 Januari 2010

    WEB DESIGN AND INTERNET MARKETING WORKSHOP

    Saya sering menyatakan kepada semua Usahawan Internet bahawa jadikan Website dan Blog sebagai wadah untuk anda Promosikan bisnes dan Produk anda secara Online.

    Dengan mempunyai Website dan Blog akan memudahkan anda menerangkan bisnes anda kepada Prospek dan menjual produk kepada Pelanggan anda. Dimana anda dapat lakukan bisnes anda secara ONLINE..

    Jika anda ingin mengikuti (Workshop) Web design and Internet Marketing buat PENDAFTARAN di sini  KLIK SINI

    Selasa, 15 Disember 2009

    SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN

    "Ramai Orang Mempunyai Masalah Kewangan, Tetapi
    Ramai Yang Tidak Tahu Cara Bagaimana Mengatasinya!"


    Banyak Syarikat menyediakan Peluang Perniagaan dan Progam keusahawanan yang boleh anda ikuti.  Jadikan tahun 2017 tahun mantapkan kewangan anda.

    Anda boleh cari peluang-peluang ini dengan 'Google' online.  Nasihat paling penting sekali anda perlukan Mentor untuk membimbing anda.

    Buka minda dan beri peluang kepada diri anda untuk menghadiri Seminar Peluang Perniagaan.

    Sebagai contoh jika anda berminat untuk berniaga secara Online.  Pelajari teknik dan strateji Marketing Online.  Banyak Seminar2 yang boleh anda buat pendaftaran samada yang PERCUMA atau ADA BAYARAN.

    Bermula dengan mencari Ilmu kemudian praktikan apa yang anda pelajarinya.  Tanamkan Azam dan buat perubahan hidup untuk selamanya.

    Semoga anda berjaya di tahun 2017 dan memberi perubahan kepada diri anda dan keluarga. Ingin ikuti Seminar Peluang Perniagaan KLIK SINI


    Harap dapat dikongsikan kepada rakan2 anda.  Terima Kasih.


    Isnin, 14 Disember 2009

    NEW ENTREPRENEUR ORIENTATION

    Jika anda ingin berjaya dalam bisnes Network Marketing belajarlah Seni Buat Duit dan membina rangkaian.  Belajarlah berdisplin dan berikan Masa dan Kesungguhan menjalankan bisnes Network Marketing.  Antara teknik yang diajarkan semasa Seminar NEO 3. 13/12 Ahad Kelmarin.

    Lebih 25 peserta telah menghadiri kursus NEO.  Syabas dan tahniah! dan Selamat menyertai Bisnes Network Marketing bersama Kumpulan Kami. Anda berada di Tempat dan Masa yang betul...

    Belajar kemahiran bisnes adalah langkah Pertama yang perlu kita lakukkan jika kita ingin berjaya dalam apa bidang sekalipun. Jadi lengkapkan diri anda dengan Ilmu dan Kemahiran yang diperlukan.

    Bina Kualiti Diri anda dari masa ke semasa.  Harapan kami semoga anda berjaya dan mencapai Impian dan Matlamat anda dan dapat merubah kehidupan anda untuk selamanya.  Untuk pendaftaran Seminar NEO. KLIK SINI

    Ahad, 6 Disember 2009

    APAKAH FORMULA KEJAYAAN

    Knowledge is Power

    Gambar : Ketika Hadiri Seminar Internet Marketing 2009

    Lagi banyak yang kita pelajari, rupanya lagi banyak yang kita tidak mengetahuinya.
    Itu lah hakikat dalam hidup ini.  Kita mesti selalu tingkatkan Kualiti Diri, belajar dan terus belajar.
    Anda tidak berkesempatan untuk mengikuti Seminar ini mungkin kerana komitment kerja.  Saya rasa sangat teruja apabila Salah seorang Speaker yang menunjukkan secara "live" dengan menggunakan kaedah twitter mendapat USD 8,000 dalam masa kurang dari 60 minit.
    Sungguh hebat dan Luar Biasa.  Sebenarnya banyak cara yang boleh anda pelajari untuk buat duit secara Online.

    Kesimpulan dari Seminar tersebut ialah untuk berjaya anda perlukan Mentor yang terbukti berjaya dan dapat membimbing anda.

    Terdapat 3 Formula yang mesti anda ketahui untuk berjaya :
    1.   Baca Buku-buku Kejayaan setiap hari 20 minutes
    2.   Cari Mentor untuk membimbing anda.
    3.   Ambil Tanggung-jawab untuk buat bersungguh-sungguh.

    Semoga 'Sharing' ini memberi manfaat untuk anda dan harap dapat di 'Share' kepada teman2 dan orang yang tersayang. Terima Kasih.

    Isnin, 16 November 2009

    NEW ENTREPRENEUR ORIENTATION

     
    SEMINAR NEO adalah untuk Uptrenders yang baru memasuki bisnes ini telah di jalankan di Woodlands Centre, Singapura pada hari Ahad 15/Nov/09 dari Jam 10:00pg hingga 2:00 ptg. Speaker pada Kursus tersebut adalah Cg Salamah dan Saya sendiri. 5 topik telah dibincangkan semasa kursus tersebut iaitu Vision Planning, Produk dan Pelan Pemasaran, Teknik dan Tindakan, Komitmen dan Closing. Kursus yang sama akan di adakan pada setiap bulan. Untuk ahli BAru di Singapura, Jika anda ingin berjaya dalam bisnes Uptrend anda mesti hadirilah NEO. KLIK SINI untuk Pendaftaran.


    Ahad, 8 November 2009

    JOIN GROUP_UNCLE MAILING LIST





    Satu lagi Cara bagaimana anda boleh meramaikan kenalan anda ialah dengan membuat Mailing List. Saya juga ada sediakan Mailing List Group_Uncle untuk anda buat pendaftaran PERCUMA. Kelebihan pada Group ini ialah anda akan menerima segala maklumat tentang perkembangan Bisnes Network Marketing terutama sekali di Singapura. Saya juga akan memberi PERCUMA 2 (dua) buah E-Book Sebagai hadiah Jika anda daftar sekarang.Klik Sini
    Tawaran E-Book ini hanya untuk 10 peserta pertama sahaja dan akan Tamat Bila-bila masa Jadi apa tunggu lagi DAFTAR SEKARANG dengan klik link bawah ini:

    http://asia.groups.yahoo.com/group/Group_Uncle/

    Jumaat, 2 Oktober 2009

    MINDA MENENTUKAN NASIB KITA?

    >

    Ciri utama Orang yang gagal adalah Orang yang terus mencari alasan bagi menutup kesalahan dirinya. Setiap manusia dijadikan Tuhan dengan tubuh badan yang sama? 

    Bill Gate, Donald Trump semua dijadikan sama. Perbezaannya, mereka menjadikan faktor sistem kepercayaan adalah faktor paling Utama. 

    Kita perlu meniru ataupun membangunkan minda menjadi seperti apa yang berada dalam minda mereka yang berjaya.

    Robert kyosaki menerangkan yang beliau selalu meniru mental mereka melalui pembacaan buku yang ditulis oleh seorang jutawan. Inilah dengan hanya menggambarkan betapa anda perlu mempunyai cara orang yang berjaya supaya anda dapat membuat keputusan ataupun menerima hasil yang hebat.
    Sekiranya anda sering mengalami situasi di mana kegagalan demi kegagalan berlaku dalam perniagaan dan kehidupan anda ataupun sering menghadapi halangan yang serupa. Apa yang perlu anda lakukan ialah melihat ke dalam diri anda, cara anda berfikir dan analisa semula sistem kepercayaan kita seperti sistem kehidupan, kejayaan,kekayaan dan sebagainya.
    Apabila anda ingin menjadi Usahawan anda perlu ada minda sebagai Usahawan. Apabila anda ingin menjadi pemimpin yang hebat, anda perlu mempelajari minda pemimpin yang hebat, begitu juga apabila anda ingin menjadi orang yang berjaya jadi JUTAWAN anda perlu memiliki mindset JUTAWAN.
    Apabila anda ingin menjadi seperti jutawan yang hebat, anda perlu baca apa yang mereka baca, miliki nilai-nilai yang mereka amalkan dan bekerja seperti mereka.

     Amalkan setiap hari sehingga menjadi tabiat.. Selepas itu anda akan rasakan setiap apa yang anda lakukan pasti akan berjaya. Anda seperti mempunyai suatu magnet yang dapat menarik apa yang anda inginkan. Kerana semuanya telah menjadi tabiat semula jadi anda yang tidak perlu anda fikirkan lagi.  

    Apa sahaja tindakan semua Jadi seperti dirancang... Teruskan pembacaan dan betemu di lain keluaran.

    Semoga artikel ini bermanfaat buat anda dan harap dapat di 'share' kepada rakan dan kenalan anda.  Terima Kasih.

    Cari Blog Ini

    Follow ME

    Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

    Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com