Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Isnin, 27 Julai 2009

TIPS DAN INFO TETAPKAN MATLAMAT ANDA

KENAPA ANDA HARUS ADA 'GOAL SETTING - MATLAMAT
Saksikan Video Pendek ini tentang Goal Setting

BAGAIMANA CARA TETAPKAN MATLAMAT.

1.  Menetapkan Matlamat

Matlamat adalah hala tuju yang ingin anda capai dalam dalam kehidupan ini.  Apabila membuat sesuatu Matlamat ia hendaklah:
  • Jelas
  • Tepat dan 
  • Logik.  
Matlamat merupakan kayu pengukur pencapaian kejayaan anda.  Terdapat 2 cara bagi menetapkan matlamat iaitu :
  1. Matlamat Jangkamasa Pendek (1,3,6 Bulan)
  2. Matlamat Jangkamasa Panjang (1 dan 3 Tahun) dari sekarang.

Untuk menetapkan matlamat anda perlu ada Buku Planner Goal Setting dan tulis matlamat anda di dalam buku tersebut.



Sebagai contoh cara menetapkan matlamat jangkamasa pendek:
  • Saya mahu simpan 1gm emas setiap bulan setiap kali dapat gaji.
  • Saya mahu 10 Customer baru setiap akhir bulan.
  • Saya mahu $1000 Income akhir bulan March 2017 
Contoh cara menetapkan matlamat jangkamasa pendek:
  • Saya mahu Kereta Baru BMW X2 Warna Putih Dec 2018
  • Saya mahu Rumah Condo di Woodlands Dec 2019
  • Saya mahu Holiday ke Europe Dec 2019 
  • Saya mahu selesaikan Hutang Rumah HDB Jun 2019 
  • Saya mahu renovate Rumah Jun 2019
    2.  Inspirasikan Matlamatkan.

    Bagaimana cara untuk motivasikan diri anda untuk mencapai matlmat anda.  Caranya ialah dengan Inspirasikan Matlamat anda. Anda boleh letakkan matlamat anda ditempat2 yang sering anda boleh lihat setiap hari:
    • Screen Computer Anda
    • Screen Mobile Phone
    • Depan Cermin Muka 
    • Beg Duit dan banyak lagi 
     

    Ceritakan matlamat anda kepada keluarga yang tersayang.  Apabila anda mencapai matlamat tersebut 'Reward' diri anda.

    1.  Pelan Tindakkan 'Action Plan'


    Selanjutnya apa yang perlu anda lakukan ialah membuat Pelan tindakkan 'Action Plan' bagi mencapai matlamat itu.

    Umpana seorang arkitek yang membina sebuah rumah - mesti mempunyai jadual kerja yang teliti. Jika tidak sudah tentu pembinaan tersebut tidak akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

    Begitu juga dengan Matlamat anda perlu ada Pelan Tindakkan. Anda mesti tahu kaedah mencapai matlamat tersebut dan apakah strateji yang boleh dilakukan untuk mencapainya.

    Sebagai contoh untuk capaikan income yang anda kehendaki:
    •  Berapa banyak produk yang perlu dijual sebulan ? 
    • Berapa ramai customer yang diperlu sebulan? 
    • Apakah aktiviti yang perlu dilakukan? 
    Semua ini memerlukan perancangan yang sangat teliti.
    Anda mesti fahami dan tahu mengira keuntungan dari jualan perniagaan tersebut.  Semua ini akan memudahkan dan mempercepatkan mencapai matlamat dan impian anda.

    Jadi mulakan dari sekarang! Tetapkan matlamat yang tepat, buat tindakkan ke atas matlamat tersebut. In Sha Allah segala Impian dan Matlamat anda akan tercapai.

    Harap maklumat ini memberi manfaat untuk diri anda dan harap dapat di Share kepada teman2 anda. Terima Kasih.  

    Rabu, 15 Julai 2009

    COACHING

    Host unlimited photos at slide.com for FREE!
    Menjadi seorang 'Leader' hebat dalam bisnes network marketing adalah Mustahak.

    Selalunya 'Leader' yang berjaya di dalam bisnes Network Marketing adalah Leader yang bertanggungjawab, komited, Jujur, Iklas, dan Amanah. Anda mesti memilki ciri-ciri tersebut jika anda mahu berjaya di dalam bisnes Network marketing.

    Tanggungjawab yang paling penting sekali ialah COACHING downline anda.

    Coaching bermakna Mengajar, Melatih dan Membimbing sehingga downline anda menjadi sangat yakin, bersemangat, komitted dan menjadi seorang Leader hebat seperti anda.

    Adakan jadual selama 3 bulan untuk Coaching Downline anda.  Bantu mereka dengan memberi  tunjukajar cara dapatkan prospek, cara buat approach yang betul dan cara buat Table Talk.  latih mereka bersama-sama lakukan direct approach, sebar flyers , buat demo dan lain2.

    Dalam masa 3 bulan itu pastikan mereka sudah dapat pulangan modal.

    Percayalah, lagi cepat anda mengambil tanggungjawab untuk mengajar, melatih dan membimbing kepada downline anda,  lagi cepat bisnes networking anda berkembang.

    Galakkan 'downline' anda mendapat 'Coaching' Online PERCUMA dari saya dengan membuat pendaftaran. Sila Klik Link di bawah ini:

                                 http://uncleman08.com

    Khamis, 11 Jun 2009

    SASARAN - PROSPEK

    Photobucket

    SASARAN - PROSPEK
    Siapakah sasaran prospek kita dalam bisnes Network Marketing

    Terdapat (3) Jenis Prospek Market yang perlu kita ketahui:
    1. Hot Market
    2. Warm Market
    3. Cold Market

    1. Hot Market.
    Hot Market adalah terdiri dari orang yang terdekat bersama kita seperti adik-beradik , pak cik kita, ipar duai, saudara-mara dan orang2 yang sangat rapat bersama kita. Ini lah orang yang mesti kita JUMPA dulu. Apa yang anda perlu lakukan ialah Telefon dan beritahu anda ingin Jumpa kerana ada Berita Baik yang ingin Di Kongsikan Bersama! Kalau perlu belanja makan apa salahnya itukan Saudara atau kenalan rapat kita?. Niat nak jumpa mereka nak beritahu bahawa anda dapat Projek Bisnes dan nak ajak mereka buat sama-sama projek itu....

    2. Warm Market.
    Warm market adalah kawan-kawan kita yang sama sekolah, bermain bola sepak, kawan kerja, kawan bisnes dan macam2 lagi. Cuba senaraikan nama2 mereka dan kemudian buat pre-qualify samaada mereka Minat bisnes. Minat produk atau ada masalah kesihatan. Gunakan 'approach' secara Indirect.  Pelajari kemahiran Approach..
    Buat pertemuan bersama mereka untuk mendapat pendapat mereka akan Peluang Bisnes Network Marketing.  Biar rakan anda yang memberi penilaian.  Cuba bawa teman anda ke Preview Bisnes atau minta pertolong dari Upline anda untuk menerangkan Bisnes Network Marketing.  Leverage kepada Upline anda sebab Upline anda lebih Lama dan sudah ada Bukti Kejayaan.

    3. Cold Market
    Cold Market merupakan market yang paling besar dan tidak akan habis Umpama "Ikan di Laut yang tidak akan Habis".  Cold Market terdiri dari orang yang kita tidak kenali dan bilangannya sangat ramai. Kaedah yang boleh anda buat ialah gunakan SMS "Power", Flyers, Name Card, Advertise Surat khabar, Poster dan Kaedah online iaitu melalui Facebook, Tagged, Blog, Social Network, Video Marketing, email marketing.

    Saya dapat ramai kenalan melalui Social Network. Pada Hakikatnya masalah susah Nak dapat Prosek tidak timbul jika anda Fahami cara mendapatkan Prospek.


    Akhir kata, Semoga artikel ini menjadi satu dorongan untuk anda terus jalankan Bisnes Network Marketing. Ubah Image dan Ubah cara Bisnes... Harus di ingat bahawa Bisnes Network Marketing adalah Bisnes Profesional, yang telah melahirkan RAMAI JUTAWAN di Seluruh DUNIA. Jadi teruskan usaha anda dan Capailah Impian Anda."Semua Manusia diberi Peluang yang sama untuk menjadi Kaya . Untuk menjadi kaya kita mesti mempunyai keinginan menjadi Kaya" KLIK SINI

    Cari Blog Ini

    Follow ME

    Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

    Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com