Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Sabtu, 12 Jun 2010

APAKAH RAHSIA KEJAYAAN DALAM NETWORK MARKETING?


Saya pernah menerima soalan cupumas dari 'downline' berbunyi, "Apakah rahsia sebenar mendapat wang dan berjaya di Network Marketing."

Saya percaya jika pertanyaan itu ditujukan kepada anda, tentu anda sudah mempunyai jawapannya.  Jawapan saya mudah sahaja:

Sebenarnya tiada "Rahsia" disebalik mendapatkan wang di Network Marketing.
Yang penting anda harus faham empat (4) faktor berikut:
  1. Syarikat yang anda sertai adalah baik dan kukuh.
  2. Syarikat mempunyai produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh orang ramai dengan tawaran harga yang baik dan berpatutan.
  3. Mempunyai sistem pembayaran yang adil dan Mudah melakukanya.
  4. Mempunyai sistem sokongan Internet dan sistem pembelajaran yang berterusan.

Apabila ciri2 di atas telah lengkap perkara seterusnya ialah tanya pada diri anda"Berapa banyak Wang yang anda mahukan melalui syarikat tersebut" $5000 sebulan? $10,000 sebulan? semuanya anda yang tentukan.

Tetapkan matlamat anda berapa banyak wang yang anda mahukan 3 bulan dari sekarang kemudian FOKUS dan buat perancangan ke arah itu.

Walaupun anda JOIN sebagai ahli di sesuatu syarikat Network Marketing.  Hakikatnya perniagaan itu adalah perniagaan anda sendiri, syarikat hanya menyediakan Platfrom sahaja.  Mulai dari saat menjadi ahli Bina Empire perniagaan anda dengan membina rangkaian seberapa ramai.   Lagi ramai orang di bawah rangkaian anda lagi besar bonus atau commission yang boleh anda perolehi.

Akhirnya, anda perlu menjalankan perniagaan ini untuk jangkamasa panjang dan tidak berharap untuk menghasilkan banyak wang dalam masa yang singkat atau semalaman.

Pelajari dan fahami ILMU menjalankan perniagaan Network Marketing dengan tekun serta ikuti sistem yang betul.

Seperti dalam kebanyakan hal kehidupan, ketekunan dan kesungguhan mengambil satu langkah demi langkah yang akan menyebabkan keputusan cemerlang dan berjaya. Jangan sesekali cepat rasa JEMU dan putus asa.

Jika anda menerima sesuatu perniagaan yang menyatakan anda boleh berjaya cepat tanpa usaha anda harus BERHATI-HATI.

Itu nasihat saya jangan tertipu dengan "Skim Cepat Kaya".  Sekian harap artikel ini bermanfaat untuk anda dan Share pada sahabat2 kita.  Terima kasih.

0 ulasan :

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com