Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Ahad, 13 Jun 2010

TUJUH (7) KESILAPAN DALAM BISNES



1) Sikap Part Time

Tidak salah anda lakukan bisnes secara Part-Time pada peringkat awal, kerana anda masih lagi bekerja. Tetapi apa yang silap apabila anda memiliki SIKAP Part-Time terhadap bisnes itu.

Ramai orang baru baru gagal kerana mereka memperlakukan perniagaan ini seperti HOBI. Hal ini akan memberi kesan terhadap pendapatan yang akan anda perolehi.  Jadi, jangan jadikan perniagaan ini sebagai cuba-cuba.  Buat komitmen dan bina rangkaian anda dengan pantas.

2) Jangan Buat Diri Anda Bermasalah.

Apabila anda pertama kali melakukan bisnes tdak kira apa bentuk bisnes sekalipun, anda adalah baru dan tidak mempunyai ilmu. Anda belum tahu sepenuhnya tentang syarikat, tentang produk dan pelan pemasaran. Anda sangat baru, Jadi bagaimana anda mengembangkan perniagaan anda, sedangkan anda belum pun menerima sebarang pendapatan pembayaran. Ramai orang baru merasa sangat gelisah kerana mereka tidak tahu apa yang harus dicakapkan kepada prospek mereka.

Jangan bimbang, apa yang perlu anda lakukan ialah Cari 'Upline' atau 'Mentor' yang bersedia membantu anda. ‘Leverage’ kepada mereka dan mulakan dengan mencari Ilmu cara buat presentasi dan cara buat panggilan ataupun SMS/WhatsApp.

Pelajari secepat mungkin cara 'Upline' atau 'Mentor' anda berbicara, dengar dengan teliti dan catat dengan baik apa yang mereka katakan dan bagaimana mereka menyampaikan. Belajar dari mereka sehingga akhirnya anda boleh melakukannya sendiri.

3) Jangan Merasa Takut

Orang baru sering takut untuk berbicara dengan orang lain tentang peluang perniagaan ini, kerana mereka takut ditolak. Apa yang harus mereka sedari, penolakan akan tetap berlaku, kerana mungkin peluang ini bukan untuk mereka atau waktu tidak mengizinkan dan banyak lagi sebab.

Ketika saya mula-mula dalam industri ini, penolakan adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Saya takut mengangkat telefon dan membuat panggilan, kerana saya takut mereka mengatakan "TIDAK."

Cuba lihat, apabila anda menempah makanan di Fast Food restoran dan penjual akan bertanya adakah awak ingin kentang goreng? Apabila anda katakan TIDAK , penjual itu tak perlu keluarkan air mata dan menagis disebabkan kita katakan TIDAK.

Tentu sekali TIDAK! Sebab Kentang goreng bukan untuk semua orang dan adakah ini bermakna anda telah hilang perniagaan anda. Anda hanya perlu mencari orang yang tepat iaitu Mereka yang inginkan peluang perniagaan ini seperti kentang goreng.

4) Jangan Mencipta Roda (Reka Sendiri)

Sebelum anda telah ada orang yang berjaya di dalam perniagaan yang anda ceburi. Jadi jangan membuat keadaan lebih sukar untuk diri anda sendiri dengan berusaha mencipta roda (reka sendiri).

Jika syarikat yang anda ceburi mempunyai sistem pembelajaran yang telah terbukti berjaya, ikuti cara yang sama. Keep it simple! Jangan membuat usaha ini lebih sukar daripada yang sebenarnya.

5) Jangan Lupakan Kekuatan Pelanggan

Sering terjadi kita begitu terfokus pada merekrut rangkaian baru dan mereka benar-benar terlupa tentang pelanggan.

Penjualan runcit adalah sebahagian daripada pendapatan anda di dalam bisnes ini. Pelanggan adalah tulang belakang perniagaan anda. Rangkaian anda menyertai kerana mereka jatuh cinta dengan produk anda dan mereka tinggal pun kerana itu.

6) Jangan Menjauhkan 'Upline' Anda

Upline anda adalah sumber yang paling berharga. Anda juga harus pergi kepada orang yang melatih dan membimbing anda, juga pada orang yang menyokong dan mendorong anda berjaya. Jangan menjauhkan diri anda dari mereka.

Jangan juga mengharap mereka untuk memegang tangan anda sepanjang perniagaan ini.

Saya hanya bersama 'Upline' belajar hanya untuk beberapa minggu sahaja. Kemudian saya terus berdikari mencari ilmu ikut Sistem pembelajaran yang disediakan oleh syarikat. Walaubagaimana saya akan sentiasa berhubung pada 'Upline' saya setiap Minggu.

7) Jangan Biarkan Orang Mencuri Impian anda

Anda mempunyai sebab mengapa anda memulakan perniagaan ini. Mungkin kerana mahu sering bersama anak-anak dan isteri/suami di rumah. Mungkin untuk membeli rumah yang lebih besar dan cantik. Sebuah kereta BMW baru atau mungkin anda hampir bersara dan ingin memastikan anda boleh hidup selesa selepas anda bersara. Mungkin juga ingin pergi bercuti keluarga yang telah lama tertunda. Apa pun yang anda "IMPIKAN" jangan biarkan siapa pun datang mencuri IMPIAN anda. Tetap Fokus pada SATU buat sampai Jadi , jangan lakukan perniagaan ini Separuh JALAN....


0 ulasan :

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com