Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Khamis, 17 Jun 2010

TIGA (3) KESILAPAN BESAR MENGAPA ANDA GAGAL

Tiga (3) Kesilapan besar mengapa 95% daripada Networkers Gagal dan menyebabkan mereka membuang-buang waktu dengan prospek yang tidak berminat, mengalami tekanan kerana ‘rejections’ dan menghabiskan terlalu banyak waktu fokus pada tugas-tugas yang salah!

Kesilapan # 1 – Membuang Waktu Untuk Cuba "Yakinkan" Prospek Anda.

Pernahkah anda duduk berfikir dan mencari sebab mengapa sebahagian besar prospek tidak menyertai bersama anda? Tahukah anda sebab sebenarnya adalah

• BUKAN kerana kurangnya wang.
• BUKAN kerana kurangnya masa.
• BUKAN kerana mereka tidak berfikir itu "untuk mereka". 

Sebab utama mengapa Prospek tidak bergabung dengan anda adalah kerana mereka tidak FAHAM apa itu rangkaian pemasaran (Network Marketing).

Mereka tidak mendengar kata-kata "Peluang pendapatan automatik, membantu orang lain, atau kebebasan masa". Malahan, mereka mendengar kata-kata "skim piramid, skim cepat kaya, hanya pemimpin atas menghasilkan wang" dan lain-lain.

Mereka berfikiran Network Marketing sebagai "negatif" .  Jadi anda sebenarnya seperti berbual dengan tembok dan membuang masa anda!

Oleh kerana itu - hal pertama yang harus anda lakukan untuk menjadi sukses adalah menjadi seperti seorang ‘ Mentor’ yang professional sehingga akhirnya anda boleh membantu mengatasi rejections di atas tadi.

Kesilapan # 2 - Anda Jadi Seorang Jurujual ( Salesman)

Belajar bagaimana untuk jadi seorang jurujual adalah satu kesalahan terbesar dalam Network Marketing. Bukanlah sebab jurujual tidak baik – tetapi terdapat 2 kelemahan utama sebagai jurujual dari sudut Network Marketing.

 1.Kelemahan Pertama
Anda tentu akan mendapat rintangan kerana cuba menjual sesuatu kepada prospek. Sebaliknya, anda harus fokus kepada menjadi teman untuk membantu bukan menjadi Jurujual. Apabila anda berbicara anggaplah anda berbicara dengan kawan rapat dan saudara terdekat anda.
2. Kelemahan kedua
Untuk menjadi seorang Jurujual memerlukan banyak masa untuk belajar bagaimana melakukannya. Walaubagaimana pun untuk berjaya dalam bisnes Network Marketing anda mesti tahu paling tidak dasar-dasar jualan. Anda juga perlu tahu cara mengatasi objections mereka dan fokuskan kepada prospek yang ingin tahu akan bisnes ini.
Hal ini membuat hidup anda lebih mudah dan anda hanya perlu mengetahui beberapa asas-asas komunikasi yang berkesan.

Kesilapan # 3 - Tidak "Kloning" Diri Anda SEGERA
Pernahkah anda merangsang dan mengharap akan perkembangan bisnes menjadi seperti anda? Atau hanya mahukan 'down-line' anda hanya membuat sponsor dan sponsor untuk bergabung dengan perniagaan ini yang membolehkan ANDA menerima bonus sebagai upline yang tidak layak?

Apakah cara yang betul?
Jika anda inginkan perniagaan Network Marketing anda berjaya. Anda mesti tahu cara menduplikasi atau klon diri anda dengan segera kepada downline anda.

Sayangnya kita tidak dapat klon robot untuk jadikan downline kita. Tapi ini bukanlah satu penghalang untuk mencapai impian dan matlamat anda!
Sebab itu jika 85% (atau lebih) dari prospek anda yang tidak menyertainya tdak akan memberi kesan yang Negatif yang akhirnya menyebabkan anda menyerah diri dan berhenti sebelum mendapat wang dalam Network Marketing.

Kajian membuktikan bahawa hanya 3-5% daripada Networkers mempunyai anti-virus yang cukup tebal untuk menangani penolakan dan terus lakukan bisnes ini tanpa berhenti. 

Jadi, 'hidupkan' downline anda adalah sangat mustahak dengan memberikan ILMU dan mengikuti sistem yang betul.

Anda harus tahu cara menggunakan sistem untuk mendapat downline lebih besar, kerja yang kurang dan sekali gus dapat membantu downline anda mendapatkan lebih banyak ahli.

Diharap maklumat ini memberi manfaat untuk anda dan harap dapat di 'share' pada teman2 kongsi niaga anda.  Terima Kasih.

0 ulasan :

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com